Berita Harian, Isnin, Jun 14, 2010
Oleh Nor Affizar Ibrahim; Afzan Mohamad Yusof
RMKe-10 harapan baru buat wanita
SERUAN Datuk Seri Najib Tun Razak supaya sektor swasta meningkatkan penyertaan wanita dalam jawatan peringkat tertinggi seperti Ketua Pegawai Eksekutif dan Anggota Lembaga Pengarah yang dibentangkan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10), baru-baru ini bukan saja membantu memperkasakan wanita, sebaliknya membuka mata syarikat untuk menilai kebolehan wanita dari sudut lebih luas.
Setiausaha Agung Kehormat Majlis Pertubuhan Wanita Malaysia (NCWO), Datin Nursiah Sulaiman, berkata dalam usaha mencapai kuota sekurang-kurangnya 30 peratus ja tidak sekadar saranan kepada sektor awam, tetapi turut membabitkan sektor swasta.
watan pada peringkat pembuat keputusan disandang wanita yang dicadangkan sebelum ini, sebenarnya
watan pada peringkat pembuat keputusan disandang wanita yang dicadangkan sebelum ini, sebenarnya
"Dalam sektor awam mungkin angka 30 peratus itu tidak menjadi masalah begitu besar untuk dicapai, tetapi sektor swasta pula dilihat sebaliknya. Mereka bukan saja kurang berminat, malah tidak begitu menggalakkan atau ada diskriminasi terhadap cadangan itu. Saya kurang pasti kenapa ia berlaku, tetapi besar kemungkinan akibat budaya kerja yang berbeza, lantas tidak mengizinkan wanita untuk turut serta dalam barisan depan.
"Saya berterima kasih kepada Perdana Menteri kerana menegaskan hal ini supaya syarikat swasta memandang lebih serius mengenai pekerja wanita mereka. Wanita kita sememangnya hebat dan mereka boleh menerajui syarikat jika diberi peluang dan syarikat pula memberi komited terhadap hal itu," katanya.
Berbakat diberi pendedahan
Mengambil contoh program Pendaftar Wanita yang dipraktikkan di Singapura, katanya menerusi program itu wanita berbakat dan berpotensi besar diberi kursus serta pendedahan untuk menjadi peneraju serta pemimpin. Jawatan berkenaan terbuka kepada pekerja wanita yang mempunyai kelulusan kepakaran dalam bidang masing-masing.
"Apabila ada kursus sebegini, wanita yang bersedia dan berkelayakan akan belajar pula cara memimpin. Saya fikir golongan muda wanita hari ini sekiranya diberikan peluang sebegini, tentu mereka akan menyambutnya dengan baik," katanya.
Dalam pembentangan RMKe-10 kelmarin, Perdana Menteri berkata, langkah akan diambil untuk meningkatkan penyertaan wanita di pelbagai peringkat dalam sektor awam dan swasta, termasuk bidang keusahawanan. Malah, undang-undang dan peraturan berkaitan sedia ada akan disesuaikan bagi mendorong penyertaan lebih besar daripada wanita.
Masalah gender masih menebal
Menyambut baik usaha itu, Jawatankuasa Perunding dan Biro Siasatan, Persatuan Pekerja Wanita Malaysia (Perwanis), Lim Ai Yim, berkata walaupun sumbangan wanita dalam menjana ekonomi keluarga dan negara tidak dinafikan kehebatannya, tetapi masalah gender masih menebal di kalangan pihak pengurusan atasan syarikat.
"Wanita tidak sekadar aset syarikat, tetapi juga negara. Ramai wanita hebat menerajui syarikat membuktikan mereka berkebolehan tetapi selalunya tersekat akibat masalah gender. Saya fikir syarikat swasta perlu diberikan pendedahan mengenai kepentingan wanita menjawat jawatan tinggi kerana mereka lebih amanah serta fokus dalam kerja, sekali gus mampu memberikan keuntungan kepada syarikat dan negara," katanya.
Lim turut menyarankan, latihan dan kursus kepimpinan diberikan kepada wanita sebagai langkah persediaan untuk memenuhi jawatan lebih tinggi dalam syarikat.
Sementara itu, usaha kerajaan meningkatkan penyertaan wanita dalam kegiatan keusahawanan melalui peningkatan kerjasama dengan Jabatan Pembangunan Wanita dan institusi lain seperti Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) bagi mencapai sasaran melahirkan lebih ramai usahawan wanita menjelang 2012 turut disambut baik.
Mencapai usaha itu sebuah jawatankuasa khas yang dipengerusikan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, akan dibentuk bagi melaksanakan program kepekaan gender dalam sektor awam berkaitan pengambilan, pembangunan kerjaya dan penyediaan barisan pelapis bagi meningkatkan jumlah wanita yang menyandang jawatan utama di peringkat pembuat keputusan.
Bukan mustahil dicapai
Presiden Persatuan Wanita Bumiputra Dalam Perniagaan dan Profesyen (Peniagawati), Datuk Hazimah Zainuddin mengalu-alukan dan amat berterima kasih kepada kerajaan yang berhasrat akan melaksanakan usaha bagi meningkatkan penyertaan wanita dalam kegiatan keusahawanan bagi mencapai sasaran melahirkan lebih ramai usahawan wanita menjelang 2012.
Hazimah berkata, penyertaan lebih ramai wanita Malaysia dalam bidang usahawan dilihat amat baik dan tidak mendatangkan persaingan antara satu sama lain kerana bidang yang diceburi berlainan.
Katanya, hasrat kerajaan untuk menambahkan lebih ramai penyertaan usahawan wanita menjelang 2012 bukanlah mustahil untuk dicapai kerana pada masa kini bilangan usahawan wanita yang mendaftar dengan beberapa pertubuhan atau persatuan di negara ini, khususnya berkaitan dengan usahawan sudah pun berjumlah lebih 20,000 termasuklah ahli Peniagawati yang kini mempunyai lebih 1,000 keahlian.
"Usahawan wanita mempunyai banyak idea dan kepakaran dalam membuka perniagaan, tetapi apa yang masih kurang ialah kekurangan modal atau dana serta sebagainya bagi memulakan serta mengembangkan perniagaan. Justeru, bagi membolehkan mereka memanfaatkan sepenuhnya potensi yang mereka miliki dan membabitkan diri secara lebih berkesan dalam bidang keusahawan, kerajaan perlu memberi ruang untuk mereka mendapatkan dana atau pinjaman yang senang diluluskan," katanya.
Add caption |
Pada masa sama, Hazimah turut menggesa semua usahawan wanita di negara ini mendaftar dengan mana-mana persatuan usahawan supaya mereka mendapat lebih banyak maklumat khususnya mengenai peluang bagi mengembangkan perniagaan dan juga meningkatkan pengetahuan dalam bidang itu, sekali gus turut membantu membina rangkai kerja yang lebih kukuh.
"Tidak kira apa-apa persatuan pun yang penting, semua usahawan wanita mestilah mendaftar dan mendekatkan diri dengan jaringan seumpama itu kerana dengan cara itu, mereka dapat menjalinkan lebih luas rangkai kerja dan dapat mengetahui peluang atau peruntukan sedia ada," katanya.
Kejayaan belum boleh dibanggakan
Setiausaha Kehormat Persatuan Jaringan Usahawan Wanita Bumiputra Malaysia (WENA), Wan Afidah Wan Abdullah, berkata peningkatan kerjasama dengan Jabatan Pembangunan Wanita dan institusi lain seperti Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) bagi meningkatkan kegiatan keusahawan adalah baik dan bertepatan sekali.
Wan Afidah yang amat
bersetuju dengan cadangan perancangan itu berkata, pada masa kini semakin ramai wanita menceburi bidang usahawan tetapi bilangan mereka yang berjaya atau berada di tahap cemerlang, masih belum lagi boleh dibanggakan.
bersetuju dengan cadangan perancangan itu berkata, pada masa kini semakin ramai wanita menceburi bidang usahawan tetapi bilangan mereka yang berjaya atau berada di tahap cemerlang, masih belum lagi boleh dibanggakan.
Katanya, dengan adanya peningkatan kerjasama itu ia sekurang-kurangnya membolehkan usahawan wanita membangun dan meningkatkan kemahiran yang sedia ada di samping, dapat mengenal pasti kelemahan mereka.
"Diharapkan Jabatan Pembangunan Wanita mempunyai beberapa skim yang boleh dipe
rkenalkan kepada usahawan wanita bagi meningkatkan kemahiran diri dalam meningkatkan perniagaan. Selain itu, jabatan itu juga mungkin boleh mengkaji semula beberapa program yang sudah dilaksanakan sebelum ini, malah satu inkubator perlu diwujudkan bagi memastikan keberkesanan program itu.
rkenalkan kepada usahawan wanita bagi meningkatkan kemahiran diri dalam meningkatkan perniagaan. Selain itu, jabatan itu juga mungkin boleh mengkaji semula beberapa program yang sudah dilaksanakan sebelum ini, malah satu inkubator perlu diwujudkan bagi memastikan keberkesanan program itu.
"Konsep mentor boleh juga diperkenalkan kepada usahawan wanita yang baru hendak bertatih kerana dengan adanya bimbingan dan tunjuk ajar daripada mereka berpengalaman, tentu lebih memudahkan mereka untuk memahami senario sedia ada serta mengenal pasti kekurangan dalam diri," katanya.
Wan Afidah berkata, WENA yang ditubuhkan tujuh tahun lalu, kini sudah pun ada 200 keahlian dan sejak penubuhannya pelbagai program serta latihan yang berjaya dilaksanakan bagi membantu ahli seperti mengadakan latihan kepimpinan, membina lama web perniagaan dan sebagainya.
Katanya, sebagai langkah membantu usahawan wanita melalui RMKe-10, perhatian diharap dapat diberikan lebih kepada usaha meningkatkan bidang perniagaan dalam teknologi komunikasi maklumat (ICT) dan latihan. Ini kerana, wanita dilihat bukan saja sesuai menceburi bidang ICT tetapi berpotensi besar untuk berjaya.
No comments:
Post a Comment