Berita Harian, Khamis, 3 Jun, 2010
Oleh Nor Affizar Ibrahim
Warga tua perlu amalan diet sesuai
TIDAK kira di rantau Asia, Eropah mahupun di Asia Barat, penuaan tetap berlaku di kalangan penduduknya. Hakikatnya, penuaan tidak boleh dielakkan, sebaliknya berlaku di mana-mana dan membabitkan masyarakat di seluruh dunia.
Malah, peningkatan pesat penuaan penduduk pada asasnya adalah masa depan baru dalam sejarah manusia. Ini kerana pada abad ke-19, penduduk dunia mencatatkan jumlah hanya 987 juta, manakala menuju abad ke-20, ia meningkat kepada 1,650 juta.
Pada abad ke-20, jumlahnya terus meningkat kepada 6,168 juta dan menjelang abad ke-22, penduduk dunia dijangka terus bertambah dengan mencatatkan jumlah 11,500 juta.
Jangka hayat semakin panjang

Dr Singh berkata, hakikatnya manusia kini hidup lebih lama dan semakin ramai yang boleh hidup mencapai usia melebihi 50 tahun ke atas berbanding sebelum ini.
Pada 2025 penduduk warga tua dijangka akan meningkat di seluruh dunia. Di China misalnya, ia bakal mencatat kan jumlah seramai 198 juta, manakala India, 107 juta, Indonesia (25 juta), Brazil (22 juta), Mexico, (13 juta), United Kingdom, (13 juta) dan Nigeria (9 juta).

Dr Rajbans berkata, kebanyakan negara maju seperti Eropah dan Jepun lebih berdikari dan menyedari senario itu serta membuat beberapa perse diaan bagi berdepan dengan situasi berkenaan kerana masalah penuaan penduduk yang tinggi boleh menimbulkan masalah sosial besar, terutama siapa yang akan menjaga golongan berkenaan.
Paradigma baru nutrisi

Ini bermakna, memahami ke sejahteraan kesihatan individu itu hendaklah proaktif men cegah penyakit daripada merebak sejak awal bagi menjamin kesihatan supaya sihat, sekali gus menghindarkannya daripada penyakit supaya tidak sakit," katanya.
Bagaimanapun, katanya, gaya hidup sibuk pada masa kini menyebabkan pengambilan makanan sihat dan mendapatkan nutrisi diet yang seimbang, sukar untuk dicapai. Ini termasuk, amalan diet yang berubah antaranya kurang mengambil buahbuahan, sayur-sayuran dan produk tenusu manakala cara pe nyimpanan serta penyediaan makanan seperti dalam tin dan sejuk pula boleh memusnahkan vitamin yang ada.
Kesibukan setiap hari, kata Dr Rajbans, turut menyebabkan masyarakat lebih senang makan di luar seperti di warung atau pun berkunjung di restoran makanan segera dan ada juga yang meninggalkan waktu makannya.
Jaga awal usia
"Beberapa penyakit khusus dan keadaan yang berhubungkait dengan diet tidak sihat dan kurang senaman, termasuklah penyakit kardiovaskular, berat berlebihan dan obesiti, oestoporosis, anemia, sembelit, penyakit oral dan sesetengah barah. Oleh sebab itulah individu perlu menjaga kesihatan dirinya dan ia perlu ,bermula sejak awal usia," katanya.

Katanya, masa lalu tidak diambil kira terhadap keperluan khusus bagi dewasa tua oleh itu sebaik-baiknya, gantikan makanan ikon dengan lebih nutrisi dan tambahkan ikon serat dalam kategori yang betul bagi memudahkan fungsi usus.
Sementara, bahagian asas piramid yang lazimnya, meletakkan makanan berkarbohidrat perlu disempitkan supaya sesuai dengan tenaga rendah diperlukan oleh golongan yang sudah berusia.
Pengalaman Singapura
PERUNDING Kanan Geriatrik, Dr Wong Sweet Fun yang bertugas di hospital swasta di Singapura pula berkata, pengetahuan masyarakat umum terhadap penuaan perlu diubah.


Berdasarkan penyelidikan dan program interaktif yang diketengahkan, Dr Wong percaya untuk melalui penuaan dengan berjaya individu seharusnya meminimumkan penyakit dan ketidakupayaan, mengekalkan fizikal tinggi serta fungsi mental dan menjalinkan diri dengan kehidupan.
No comments:
Post a Comment