Berita Harian Isnin, Julai 26, 2010
Oleh Nor Affizar Ibrahim
Penyahidratan punca kulit `tua'
MASALAH penyahidratan atau kekurangan air pada kulit kini menjadi antara isu utama bagi penjagaan kulit, di kalangan kebanyakan wanita di dunia. Ini berikutan, ramai yang semakin faham mengenai punca dan kesan perubahan yang akan timbul pada struktur kulit akibat penyahhidratan.
Antara kesan penyahidratan kulit ialah boleh menimbulkan kesan penuaan menyebabkan kulit tidak berseri dan kasar serta tidak selesa, selain kulit yang mengalami penyahidratan turut tidak menyerlahkan kegebuan dan biasanya kelihatan kendur.
Raut kulit lembut juga semakin hilang dan ditandakan oleh garis halus, malah perubahan iklim serta suhu mungkin menyebabkan seseorang itu mengalami kerengsaan.
Ringkasnya, memiliki kulit kering akibat penyahidratan, termasuk antara hal yang dibenci oleh ramai wanita. Lalu, tidak hairanlah juga jika permintaan terhadap produk pelembap yang membantu bertindak sebagai antipenuaan turut memuncak tinggi permintaannya pada masa kini.
Masalah utama
Senario itu tidak jauh bezanya dengan permintaan tinggi dan mendadak terhadap produk pemutihan melanda di kalangan wanita Asia suatu ketika dulu. Namun, bezanya permintaan tinggi terhadap produk pelembap bukan saja terbatas di rantau tertentu, sebaliknya seluruh dunia.
Pengurus Kanan Perhubungan Awam, Estee Lauder, Yap Mei Fong, berkata berdasarkan hasil kaji selidik global kepenggunaan, Global Omnibus Survey mendapati, penyahidratan kulit adalah masalah utama bagi wanita di seluruh dunia.
Yap berkata, kajian itu yang dilakukan pada Ogos tahun lalu turut menunjukkan, 90 peratus wanita di seluruh dunia pernah mengalami masalah penyahidratan kulit manakala, 84 peratus, mengambil berat mengenai masalah itu.
"Penyahidratan kulit lebih cenderung kepada petanda penuaan pramatang. Malah, hampir semua perkara menyebabkan penuaan kulit boleh dipengaruhi oleh penyahidratan dengan petanda penuaan jelas seperti garis, kedutan serta hilang keanjalan.
Hakikat itu, kini disedari ramai wanita kerana hasil kajian global berkenaan menunjukkan, 86 peratus wanita ketahui penyahidratan boleh menyebabkan timbul tanda pramatang penuaan itu tetapi 20 peratus tidak mengetahui kulit jenis berminyak juga boleh mengalami masalah penyahidratan," katanya ketika ditemui, baru-baru ini.
Wanita Asia bimbang
Yap berkata, kebimbangan mengenai masalah itu kini lebih kepada wanita Asia yang mempunyai kulit lebih nipis secara semula jadi. Ini membuatkan lebih kritikal untuk dirawat serta diperkukuhkan dan membantu mengunci lembapan penting berbanding kulit wanita barat yang lebih tebal.
Ini terbukti, apabila kajian mencatatkan di China dan Korea Selatan hampir 100 peratus wanita memberitahu, mereka mengalami penyahidratan kulit dan boleh dikatakan semua mengambil berat mengenai hal itu.
Berbanding di Amerika Syarikat yang memperlihatkan 83 peratus melalui masalah berkenaan tetapi hanya 72 peratus mengambil berat mengenainya.
"Penghadang lembapan yang lemah bukan saja boleh menyebabkan penyahidratan tetapi juga membawa kepada kerosakan dan mempercepatkan penampilan penuaan jelas," katanya.
Yap berkata, cuaca menjadi sebagai penyumbang utama di antara tiga punca penyahidratan bagi setiap negara yang terbabit dengan kaji selidik itu.
Faktor kurang tidur menduduki carta kedua di Asia, manakala di China, kebanyakan wanita berpendapat perubahan musim adalah sebagai kunci utama. Tekanan dan perubahan hormon juga antara faktor utama terlintas dalam fikiran di kebanyakan wanita di serata global.
Menariknya, kajian itu turut mendedahkan, wanita Perancis memilih pencemaran sebagai yang kedua menjadi penyebab penyahidratan manakala di China, punca berkenaan menduduki pilihan kelima.
Pada masa yang sama, 59 peratus wanita di China percaya diet turut menjadi penyumbang penyahidratan. Faktor penyahidratan lain seperti mengembara, prosedur kosmetik dan kurang senaman, ramai yang berpendapat ia adalah rendah.
Punca luaran
"Tanpa perlu dijelaskan lebih lanjut, ramai sudah tahu ada beberapa punca luaran menyebabkan penyahidratan kulit. Punca kelembapan misalnya, kulit amat sensitif pada iklim dan keadaan persekitaran.
"Contohnya, semakin rendah tahap kelembapan dalam udara, semakin tinggi kehidratan kulit. Jika tahap kelembapan merosot dari 90 peratus kepada 60 peratus, tahap kelembapan kulit akan turun sebanyak 30 peratus.
"Begitu juga pancaran matahari, haba, kesejukan dan angin turut membuatkan kulit menjadi hidrat. Oleh sebab itulah lazimnya, jika ingin menyertai kegiatan di luar kita perlu sentiasa melindungi kulit. Mengatasi masalah berkenaan, pelembap dan serum melembapkan serta melindungi kulit dalam beberapa cara.
Pertama, ia menarik kelembapan daripada udara dan meresap ke dalam sel kulit supaya segar serta lembap.
Kedua, ia mengekalkan kelembapan di dalam manakala ketiga, membantu fungsi perlindungan supaya kulit kuat dan kukuh khususnya, menentang penyejatan air dalam kulit," katanya.
Kepentingan serum
Yap berkata, serum turut perlu disapu pada siang hari dan malam. Setiap kali ingin menyapukan serum semula, lebih baik bersihkan dulu wajah supaya habuk atau kotoran tidak melekat tebal.
Bagi yang tidak dapat menyapukan serum atau pelembap seperti kehabisan bekalan dan sebagainya, seelok-eloknya lebih kerap membasuh muka dengan air sejuk untuk mengecutkan liang sekali gus, mengelakkan kulit terlalu kering.
Katanya, sebagai penyelesaian kepada penuaan pramatang disebabkan oleh penyahidratan, Estee Lauder baru-baru ini, memperkenalkan krim Hydrationist Moisture Barrier Fortifier dan Hydrationist Maximum Moisturizer.
Pertama, rawat dan kembalikan penghadang lembapan kulit dengan serum Hydrationist Moisture Barrier Forifier. Kemudian, diikuti dengan Hydrationisr Maximum Moisturizer untuk melancar, menyeimbangkan dan mengekalkan tahap lembapan kulit yang optimum untuk hasil lebih muda.
Antara kandungan utama dalam produk terkini itu ialah ekstrak revival plant (haberlea rhondopensis) yang mempunyai keupayaan untuk mengering dan terus hidup di dalam k
eadaan cuaca kering untuk beberapa bulan tanpa sebarang masalah.
Rumusan berkenaan turut membantu kulit membendung lembapan dalamannya supaya mudah menyesuaikan diri dengan pendedahan harian yang boleh menyebabkan penyahidratan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
BEBAN NAFKAH
Berita Harian, 19 Oktober 2012 Oleh Nor Affizar Ibrahim BEBAN NAFKAH Masalah bekas suami culas dan liat membayar nafkah kepada bekas ...
-
Berita Harian, Selasa Mei 14, 2002 Oleh Nor Affizar Ibrahim Kain sarung warisan bangsa SARUNG adalah pakaian tradisional masyarakat...
-
Berita Harian, 14 Julai 2011 Oleh Nor Affizar Ibrahim Pilih ketam terbaik KETAM walaupun agak sukar untuk dimakan kerana berkul...
-
Berita Harian, Khamis Januari 11, 2007 Oleh Nor Affizar Ibrahim Konflik tagih cinta isteri orang KISAH wanita belum berkah...
No comments:
Post a Comment