HUKUMAN, denda atau mendidik?
Namun, mengapa sehingga tergamak melakukan perbuatan seperti haiwan dan
manakah sifat perikemanusiaan dalam diri, apalagi ke atas darah daging
sendiri?
|
|
Kisah dua beradik yang dikurung
bapa sendiri dan mengikat kaki mereka dengan rantai besi serta dikunci dengan
mangga selain dikurung dalam tandas kotor selama lebih lima jam dalam
kelaparan di utara tanah air, baru-baru ini sungguh menyedihkan. Ketika
diselamatkan, dua beradik itu hanya berbaju dan berseluar dalam serta
kelaparan. Keadaan mereka amat menyedihkan kerana ditempatkan dalam tandas
yang kotor.
|
|
Belum pun reda, satu lagi kes
berlaku membabitkan seorang kanak-kanak dikurung seorang diri di rumah oleh
ibu bapanya dan diselamatkan oleh polis. Budak perempuan disyaki mangsa dera,
dikatakan menangis dan meminta tolong selama 10 jam!
|
|
Hakikatnya, dua kejadian itu
bukanlah kes terpencil di negara ini kerana ada si kecil dikurung dan
ditinggalkan sendirian dengan pelbagai cerita meruntun perasaan. Alasannya,
kaedah itu sebagai pendekatan salah satu bentuk hukuman dan anak kecil itu
perlu dikurung kerana kenakalan mereka sukar dikawal. Apakah benar begitu?
|
|
Hukuman atau didikan
Pensyarah Jabatan Psikologi
Pendidikan dan Kaunseling, Fakulti Pendidikan Universiti Malaya, Rafidah Aga
Mohd Jaladin, berkata dari sudut psikologi dan kaunseling, tindakan mengurung
kanakkanak tertentu seperti nakal, lasak atau hiperaktif boleh dianggap
antara didikan sihat dan tidak sihat.
|
|
Ini, katanya, berdasarkan faktor
lokasi dikurung, tempoh, alasan, cara dan motif mereka dikurung sebagai satu
hukuman atau satu bentuk didikan dan apakah tindakan awal serta susulan yang
dirancang sebelum dan selepas tamat tempoh mereka dikurung.
"Mengurung kanak-kanak nakal,
lasak atau hiperaktif di tempat yang selamat, selesa, dan mudah dipantau,
dalam jangka masa lima hingga 15 minit atau yang sesuai dengan peringkat
umur, atas sebab mereka sudah berbuat sesuatu kesalahan dengan sengaja
seperti memecahkan pasu kesayangan ibu dengan sengaja atau tidak, boleh
dilihat satu cara didikan sihat.
|
|
"Tetapi kanak-kanak itu
hendaklah dikurung dalam bilik yang mereka biasa tinggal dan dibekalkan
dengan buku pelajaran, atas dasar ingin mendidik mereka supaya sedar bahawa
perbuatan mereka satu kesalahan.
|
|
"Kanak-kanak ini juga perlu
dijelaskan dengan terperinci sebab, tujuan, dan kesan tindakan mengurung
mereka," katanya.
|
|
|
|
|
|
Cara Tidak Sihat |
|
Bagaimanapun, tegas Rafidah, jika
kanak-kanak bermasalah dikurung di tempat tidak selamat, tidak selesa seperti
bilik kotor dan tiada kemudahan asas serta tidak dapat dipantau dengan baik
dan dalam tempoh amat lama (seperti sehari suntuk) maka tindakan ini boleh
dianggap didikan tidak sihat.
|
|
"Ia tidak akan menyumbang kepada
perkembangan kanak-kanak sihat, sebaliknya mengundang banyak masalah
psikologi. Tindakan itu boleh menyebabkan kanak-kanak berisiko menjadi lebih
nakal, lasak dan tidak terkawal," jelasnya.
|
|
Dari aspek psikologi pembelajaran,
ada beberapa teknik ala mengurung yang digunapakai ahli psikologi dan
kaunseling bagi mendidik kanak-kanak bermasalah seperti nakal, lasak dan
hiperaktif.
|
|
"Sekiranya kanak-kanak
dikurung dengan cara sihat seperti dinyatakan sebelum ini, maka kanak-kanak
memang boleh berubah menjadi kanak-kanak yang lebih sedar mengenai sebab dan
akibat sesuatu tingkah laku mereka pilih.
'Sebabnya, mereka sudah melalui satu
proses didikan jelas iaitu mereka sedar dan faham mengapa dikurung, tahu
sebab dan akibat dikurung serta ada kemahiran bagaimana untuk mengelakkan
tindakan salah berulang kembali," katanya.
|
|
Tindakan mengurung yang salah bagi
jangka panjang boleh menjadikan individu abusif, cepat menghukum tanpa usul
periksa, terganggu kesihatan mental dan perkembangan emosi.
|
|
Mereka juga hilang rasa simpati
dan sukar menjalinkan persahabatan dengan individu lain atau lebih gemar
mengasingkan diri.
|
Kesan Jiwa
|
"Impak jangka pendek atau
kesan negatif pula boleh menimbulkan perasaan dendam, jiwa memberontak, malah
mereka akan lebih gemar salakan orang, celaru pemikiran dan semangat kendiri
menjadi kurang.
Ini menjejaskan pembelajaran atau membesar sebagai individu
yang sihat emosi, rohani, dan sosialisasi," jelasnya.
|
|
Rafidah berkata, sekiranya
kanak-kanak dikurung dengan cara tidak betul, tidak mustahil kanak-kanak akan
hilang kepercayaan dan rasa sayang, sekalipun yang melakukannya adalah ibu
atau bapa sendiri. Lebih membimbangkan, kanak-kanak itu terasing jiwanya dan
gemar mencari insan lain sebagai orang yang dipercayai untuk berkongsi
masalah, rahsia mahupun perasaan.
|
|
Tambahnya, selepas emosi dan
trauma dipulihkan, hubungan antara kanak-kanak itu dengan orang yang
mengurungnya, biasanya akan wujud satu fenomena dinamakan psychological
cutoff di mana hubungan psikologi antara kedua-duanya akan renggang.
|
|
"Perhubungan psikologi
dimaksudkan ialah perhubungan dari segi emosi (affective domain), kognitif
atau pemikiran (cognitive domain) dan tindakan atau gerak geri (bahavioural
domain) akan menjadi renggang," ujarnya.
|
|
Sehubungan itu, Rafidah
menyarankan, ibu bapa yang sedar diri mereka tertekan dan cepat marah serta
tidak atau kurang sabar dalam hal mendidik anak, maka cepatcepatlah berjumpa
kaunselor supaya teknik pengurusan marah dan tekanan dapat dipelajari serta
diaplikasi dalam kehidupan seharian mereka.
|
|
Seimbangkan akal dan emosi
|
|
MENENGKING, mengherdik dan
menjerit mahupun memukul anak sehingga membawa kecederaan dan menggugat emosi
mereka bukanlah cara atau resolusi bagi menangani anak bermasalah.
Apatah lagi, mendera, menyeksa dan
mengurung anak terutama di tempat tidak sepatutnya. Sekalipun, anak berkenaan
degil, tidak dengar cakap, lasak dan sebagainya, ibu bapa atau penjaga
perlulah mempunyai kesabaran tinggi untuk mendidik, mengubah tingkah laku serta
membentuknya ke arah lebih baik.
Pengarah Urusan dan Perunding
Motivasi, Fitrah Power Resources, Ahmad Shukri Yusoff, berkata dalam dunia
moden hari ini, cabaran kehidupan semakin banyak. Justeru, ibu bapa
sepatutnya mempunyai kemahiran dan pengetahuan keibubapaan.
|
|
|
|
|
|
Kemahiran Dan Pengetahuan
|
Ini penting, kata Shukri terutama
dalam memahami emosi anak dan juga diri sendiri. Malah, kemahiran dan
pengetahuan sedia ada itu wajar dipupuk dan dipertingkatkan dari semasa ke
semasa. Begitu juga kekuatan dan pegangan agama perlu ada dalam setiap diri
manusia.
|
|
"Cabaran dihadapi ibu bapa
hari ini tidak sama dengan zaman dulu. Tekanan dialami pelbagai bukan saja di
persekitaran tempat tinggal tetapi di tempat kerja dan di luar yang
membabitkan banyak perkara termasuklah tekanan ekonomi, kerja serta banyak
lagi. Namun, biar apa pun tekanan atau masalah dihadapi pada akhirnya, kita
seharusnya kembali dan mempunyai kesedaran serta pegangan pada agama. Dengan
adanya nilai agama dalam diri, Insya-Allah masalah boleh ditangani dengan
baik," katanya.
|
|
Shukri turut mengingatkan, anak
atau zuriat dikurniakan Allah adalah, amanah, rezeki dan tanggungjawab
berterusan yang harus digalas oleh semua ibu bapa. Oleh itu, dalam setiap
tindakan atau perbuatan perlu dilakukan dengan waras dan berfikiran positif.
|
|
Katanya, bukan tidak boleh marah
atau pukul anak jika ingin mendidiknya tetapi sebelum bertindak seharusnya
rasional dan fikirkan dulu kesan serta akibatnya.
|
Didik Dengan Kasih Sayang
|
"Anak sepatutnya dididik
dengan baik dan dikasihi. Bayangkan, Allah memberikan kita rezeki mendapat
anak sedangkan ada orang lain merasakan kegetiran dan kekosongan tidak
dikurniakan sebarang zuriat. Sebab itulah kita mesti bersyukur dan
menjalankan tanggungjawab sepenuhnya mendidik serta menjaga dengan terbaik
anak dikurniakan itu." ujarnya.
|
|
Shukri berkata, jika berdepan
dengan anak bermasalah sebaik-baiknya anggaplah ia sebagai ujian Allah yang
ingin menguji sejauh mana kekuatan dan kecekalan kita dalam menghadapi dugaan
diberikan.
|
|
Bagaimanapun, tambahnya anak yang
dididik dan dilengkapi dengan ilmu agama nescaya boleh diasuh serta dibentuk.
Tetapi pastikan juga ada keseimbangan pembangunan antara tahap kecerdasan
akal (IQ) dengan pembentukan emosi serta mental (EQ) dalam diri anak.
|
|
"Sebagai seorang Islam jika
anak bermasalah, banyakkan berdoa kepada Allah dan jangan berputus asa.
Tingkatkan kesabaran dan teruskan menimba ilmu serta tambah kemahiran dalam
keibubapaan, tidak kiralah sama ada masih muda ataupun sudah berusia.
Kadang-kadang, semakin matang semakin itulah emosi kita sensitif,
berubah-ubah dan sukar dikawal," katanya.
|
|
Shukri menasihatkan, jika sudah
melakukan segala-galanya tetapi ibu bapa berkenaan masih lagi gagal menangani
anak bermasalah, jalan keluar harus dicari antaranya ialah merujuk kepada
kaunselor atau individu yang lebih arif.
|
|
INFO
|
|
Bantu emosi si kecil
|
|
* Dapatkan khidmat kaunseling
individu, kelompok ataupun kaunseling keluarga. Dengan melalui proses
kaunseling, kanak-kanak boleh sedar dan faham sebab musabab, proses, dan
kesan kurungan yang dikenakan kepada mereka.
|
|
* Kanak-kanak boleh menerima
bentuk hukuman sedemikian sekiranya faham apa dan mengapa ia dilakukan kepada
mereka. Ibu atau bapa perlu lebih terbuka untuk memohon maaf sekiranya
kaunselor menjelaskan baik buruk tindakan mengurung anak.
|
|
* Dekatkan diri dengan kanak-kanak
yang dikurung supaya mereka sedar bahawa diri mereka masih disayangi walaupun
sudah dikurung.
|
|
* Perlu banyak berbual-bual dengan
mereka supaya sebarang kesemua persoalan yang berlegar-legar di minda mereka
boleh dijawab dan dijelaskan.
|
|
* Tempoh bagi bantu pulihkan emosi
dan trauma dihadapi kanak-kanak bergantung kepada kes dan individu yang
terbabit. Jika semua ahli keluarga bekerjasama, akan lebih cepat dipulihkan.
Tetapi, jika ahli keluarga enggan atau kurang beri kerjasama, maka ia akan
mengambil masa yang lama sehingga bertahun-tahun.
|
|
Kaedah hukuman cara betul
|
|
* Antara yang popular ialah
timeout iaitu mengurung kanak-kanak dalam satu tempat kurungan khas yang jauh
daripada rakan sepermainan atau adik beradik mereka tetapi mudah dilihat dan
dipantau oleh ibu atau bapa. Cara ini sesuai untuk kanak-kanak sebelum usia
remaja.
|
|
* Satu lagi cara ialah curfew
iaitu tempoh berkurung di mana kanak-kanak tidak dibenarkan keluar rumah
berjumpa dengan rakan sebaya selepas waktu sekolah. Contohnya, untuk tempoh
tertentu seperti seminggu atau beberapa hari bergantung kepada kesalahan yang
mereka sudah lakukan. Cara ini sesuai untuk kanak-kanak pada peringkat
remaja.
|
No comments:
Post a Comment