Showing posts with label PEDOMAN HIDUP. Show all posts
Showing posts with label PEDOMAN HIDUP. Show all posts

Tuesday, May 1, 2018

DOA SEPANJANG RAMADAN



Doa sepanjang Ramadan





Doa Hari – 1

Yaa Allah! Jadikanlah Puasaku sebagai puasa orang yang benar-benar berpuasa. Dan ibadah malamku sebagai ibadah orang yang benar-benar melakukan ibadah malam. Dan jagalah aku dan tidurnya orang yang lalai. Hapuskanlah dosaku … Wahai Tuhan sekalian alam! Dan ampunilah aku, wahai pengampun para pembuat dosa.
Doa Hari – 2
Ya Allah! Dekatkanlah aku kepada keredaan-Mu dan jauhkanlah aku dan kemurkaan serta Balasan-Mu. Berilah aku kemampuan untuk membaca ayat-ayat-Mu dengan rahmat-Mu, Wahai maha pengasih dan semua pengasih!
Doa Hari – 3
Ya Allah! Berikanlah aku rezeki akal dan kewaspadaan dan jauhkanlah aku dari kebodohan dan kesesatan. Sediakanlah Bahagian untuk ku dari segala kebaikan yang Kau turunkan, Demi kemurahan-Mu, Wahai zat yang maha dermawan dari semua Dermawan!
Doa Hari – 4
Ya Allah! Berikanlah kekuatan kepada ku, untuk menegakkan perintah-Mu. Dan berilah aku manisnya berzikir mengingat-Mu. Berilah aku kekuatan untuk menunaikan syukur kepada-Mu, dengan kemuliaan-Mu. Dan jagalah aku dengan penjagaan-Mu dan perlindungan- Mu, wahai zat yang maha melihat.
Doa Hari – 5
Ya Allah! Jadikanlah aku d iantara orang yang memohon ampunan, dan jadikanlah aku sebagai hamba-Mu yang soleh dan setia serta jadikanlah aku  di antara auliya’-Mu yang dekat disisi-Mu, dengan kelembutan-Mu, Wahai zat yang maha pengasih di antara semua pengasih.
Doa Hari – 6
Ya Allah! Janganlah Engkau hinakan aku kerana perbuatan maksiat terhadap-Mu, Dan janganlah Engkau pukul aku dengan cambuk balasan- Mu. Jauhkanlah aku dari hal yang dapat menyebabkan kemurkaan-Mu, Dengan anugerah dan bantuan-Mu, Wahai puncak keinginan orang yang berkeinginan!
Doa Hari – 7
Ya Allah! Bantulah aku untuk melaksanakan puasa, dan ibadah malam. Jauhkanlah aku dari kelalaian dan dosa. Dan berikanlah aku zikir mengingat-Mu secara berkesinambungan, dengan Taufiq- Mu, Wahai pemberi petunjuk orang yang sesat.
Doa Hari – 8
Ya Allah! Berilah aku rezeki berupa kasih sayang terhadap anak yatim dan pemberian makan, serta penyebaran salam, dan pergaulan dengan orang mulia, dengan kemuliaan-Mu, Wahai tempat berlindung bagi orang yang berharap.
Doa Hari – 9
Ya Allah! Sediakanlah Untuk Ku Sebagian Dari Rahmat-Mu Yang Luas, Dan Berikanlah Aku Petunjuk Kepada Ajaran-Ajaran-Mu Yang Terang, Dan Bimbinglah Aku Menuju Kepada Kerelaan-Mu Yang Penuh Dengan Kecintaan- Mu, Wahai Harapan Orang-Orang Yang Rindu.
Doa Hari – 10
Ya Allah! Jadikanlah Aku Diantara Orang-Orang Yang Bertawakkal Kepada-Mu, Dan Jadikanlah Aku Diantara Orang- Orang Yang Menang Disisi-Mu, Dan Jadikanlah Aku Diantara Orang-Orang Yang Dekat Kepada- Mu Dengan Ihsan-Mu, Wahai Tujuan Orang-Orang Yang Memohon.
Doa Hari – 11
Ya Allah! Tanamkanlah Dalam Diriku Kecintaan Kepada Perbuatan Baik, Dan Tanamkanlah Dalam Diriku Kebencian Terhadap Kemaksiatan Dan Kefasikan. Jauhkanlah Dariku Kemurkaan-Mu Dan Api Neraka Dengan Pertolongan-Mu, Wahai Penolong Orang-Orang Yang Meminta Pertolongan.
Doa Hari – 12
Ya Allah! Hiasilah Diriku Dengan Penutup Dan Kesucian. Tutupilah Diriku Dengan Pakaian Qana’ah Dan Kerelaan. Tempatkanlah Aku Di Atas Jalan Keadilan Dan Sikap Tulus. Amankanlah Diriku Dari Setiap Yang Aku Takuti Dengan Penjagaan-Mu, Wahai Penjaga Orang-Orang Yang Takut.
Doa Hari – 13
Ya Allah! Sucikanlah Diriku Dari Kekotoran Dan Kejelekan. Berilah Kesabaran Padaku Untuk Menerima Segala Ketentuan. Dan Berilah Kemampuan Kepadaku Untuk Bertaqwa, Dan Bergaul Dengan Orang-Orang Yang Baik Dengan Bantuan-Mu, Wahai Dambaan Orang-Orang Miskin.
Doa Hari – 14
Ya Allah! Janganlah. Engkau Hukum Aku, Karena Kekeliruan Yang Ku lakukan. Dan Ampunilah Aku Dari Kesalahan-Kesalahan Dan Kebodohan. Janganlah Engkau Jadikan Diriku Sebagai Sasaran Bala’ Dan Malapetaka Dengan Kemuliaan-Mu, Wahai Kemuliaan Kaum Muslimin.
Doa Hari – 15
Ya Allah! Berilah Aku Rezki Berupa Ketaatan Orang-Orang Yang Khusyu’. Dan Lapangkanlah Dadaku Dengan Taubatnya Orang-Orang Yang Menyesal, Dengan Keamanan-Mu, Wahai Keamanan Untuk Orang-Orang Yang Takut.
Doa Hari – 16
Yaa Allah! Berilah Aku Kemampuan Untuk Hidup Sebagaimana Kehidupan Orang-Orang Yang Baik. Dan Jauhkanlah Aku Dari Kehidupan Bersama Orang-Orang Yang Jahat. Dan Naungilah Aku Dengan Rahmat-Mu Hingga Sampai Kepada Alam Akhirat. Demi Ketuhanan-Mu Wahai Tuhan Seru Sekalian Alam.
Doa Hari – 17
Ya Allah! Tunjukkanlah aku kepada amal kebajikan dan penuhilah hajat serta cita-cita ku. Wahai Yang Maha mengetahui keperluan, tanpa pengungkapan permohonan. Wahai yang maha mengetahui segala yang ada  di dalam hati seluruh isi alam. Salawat atas Muhammad dan keluarganya yang suci.
Doa Hari – 18
Ya Allah! Sedarkanlah aku akan berkat yang terdapat di Saat Saharnya. Dan sinarilah hatiku dengan terang cahayanya dan bimbinglah aku dan seluruh anggota tubuhku untuk dapat mengikuti ajarannya, demi Cahaya-Mu Wahai penerang hati para arifin.
Doa Hari – 19
Ya Allah! Penuhilah bahagianku dengan berkatnya, Dan mudahkanlah jalanku menuju kebaikannya. Janganlah kau jauhkan aku dari kebaikannya, Wahai Pemberi petunjuk kepada kebenaran yang terang.
Doa Hari – 20
Ya Allah! Bukakanlah bagiku pintu syurga dan tutupkanlah bagiku pintu neraka, dan berikanlah kemampuan padaku untuk membaca Al-Quran Wahai penurun ketenangan di dalam hati orang mukmin.
Doa Hari – 21
Ya Allah! Berilah aku petunjuk menuju kepada keredaan- Mu. Dan janganlah engkau tujukan jalan kepada syaitan untuk menguasaiku. Jadikanlah syurga bagiku sebagai tempat tinggal dan peristirehatan, Wahai pemenuh keperluan orang yang meminta.
Doa Hari – 22
Ya Allah! Bukakanlah bagiku pintu kurnia-Mu, turunkan untuk ku berkat Mu. Berilah kemampuan untuk ku kepada penyebab keredaan-Mu, Dan Tempatkanlah aku di dalam syurga-Mu yang luas, Wahai penjawab doa orang yang dalam kesempitan.
Doa Hari – 23
Ya Allah! Sucikanlah aku dari dosa, dan bersihkanlah diriku dari segala aib. Tanamkanlah Ketaqwaan di dalam hatiku, Wahai penghapus kesalahan orang yang berdosa.
Doa Hari – 24
Ya Allah! Aku memohon kepada-Mu hal yang mendatangkan keredaan- Mu, dan aku berlindung dengan- Mu dan hal yang mendatangkan kemarahan-Mu, dan aku memohon kepada-Mu kemampuan untuk mentaati-Mu serta menghindari kemaksiatan terhadap-Mu, Wahai pemberi para peminta.
Doa Hari – 25
Ya Allah! Jadikanlah aku orang yang menyintai Auliya-Mu dan memusuhi musuh Mu. Jadikanlah aku pengikut sunnah penutup Nabi-Mu, Wahai penjaga hati para Nabi.
Doa Hari – 26
Ya Allah! Jadikanlah usaha ku sebagai usaha yang di syukuri, Dan dosa-dosa ku di ampuni, Amal perbuatan ku diterima, dan seluruh aib ku di tutupi, Wahai maha pendengar dan semua yang mendengar.
Doa Hari – 27
Ya Allah! Rezekikanlah kepadaku keutamaan Lailatul Qadr, dan ubahlah perkara ku yang sulit menjadi mudah. Terimalah permintaan maafku, dan hapuskanlah dosa dan keslahanku, Wahai yang maha penyayang terhadap HambaNya yang soleh.
Doa Hari – 28
Ya Allah! Penuhkanlah hidupku dengan amalan sunnah, dan muliakanlah aku dengan terkabulnya semua permintaan. Dekatkanlah perantaraanku Kepada-Mu diantara semua perantara, Wahai yang tidak tersibukkan oleh permintaan orang-orang yang meminta.
Doa Hari – 29
Ya Allah! Liputilah aku dengan rahmat dan berikanlah kepadaku taufiq dan penjagaan. Sucikanlah hatiku dan noda fitnah Wahai pengasih terhadap HambaNya Yang Mu’min.
Doa Hari – 30
Ya Allah! Jadikanlah puasa ku disertai dengan Syukur dan penerima di atas jalan Keredaan-Mu Dan Keredaan Rasul. Cabangnya kukuh dan kuat berkat pokoknya, demi kenabian Muhammad dan keluarganya yang suci, dan segala puji bagi Allah Tuhan sekalian!

Tuesday, March 13, 2018

3 DOA KETIKA SUJUD TERAKHIR DALAM SOLAT



3 DOA KETIKA SUJUD TERAKHIR DALAM SOLAT




Sajdah (Bahasa Arab: ُسجدة‎), atau sujūd (Bahasa Arab: سُجود‎, adalah perkataan Arab yang boleh disama ertikan dengan perbuatan meletakkan dahi, hidung, kedua-dua telapak tangan, kedua-dua lutut dan kedua-dua perut anak jari kaki pada keadaan serentak di lantai dengan tujuan tertentu kerana Allah pada waktu dan masa-masa tertentu. 
Ketika sujud, Muslim dikehendaki membaca bacaan tertentu dalam perbuatannya itu.
Takrifan sujud ini boleh ini boleh disejajarkan dengan kewajipan bersujud yang telah diperintahkan Allah dan RasulNya. Sabda Muhammad Rasullullah SAW yang bermaksud:
Aku diperintah (oleh Allah) bahawa aku sujud di atas tujuh anggota, di atas dahi dan diisyarat dengan tangannya di atas hidungnya,dan dua tangan dan dua lutut dan perut-perut anak jari dua kaki. (Hadis Muttafaqun Alaih)
Syeikh Abdul Aziz Bin Baaz (semoga Allah merahmatinya) berkata : Janganlah kau lupakan 3 doa ini didalam sujud
1. Mintalah Diwafatkan Dalam Keadaan Khusnul Khotimah
اللهم إني أسألك حسن الخاتمة
Allahumma inni as’aluka husnal khotimah
Artinya: “Ya Allah aku meminta kepada-MU husnul khotimah”
2. Mintalah Agar Kita Diberikan Kesempatan Taubat Sebelum Wafat
اللهم ارزقني توبتا نصوحا قبل الموت
Allahummarzuqni taubatan nasuha qoblal maut
Artinya: “Ya Allah berilah aku rezeki taubat nasuha (atau sebenar-benarnya taubat) sebelum wafat”
3. Mintalah Agar Hati Kita Ditetapkan di Atas Agamanya
اللهم يا مقلب القلوب ثبت قلبي على دينك
Allahumma yaa muqollibal quluub tsabbit qolbi ‘ala diinika
Artinya: “Ya Allah wahai sang pembolak balik hati, tetapkanlah hatiku pada agama-MU”
Kemudian saya sampaikan, jika kau sebarkan perkataan ini, dan kau berniat baik denganya, maka semoga menjadikan mudah urusan urusanmu di dunia dan akhirat.
Lakukanlah kebaikan walau sekecil apapun itu, kerana tidaklah kau ketahui amal kebaikan apakah yang dapat menghantarkanmu ke Syurga Allah.

Tuesday, November 14, 2017

MAKSUD ATAU MAKNA BACAAN DALAM SOLAT

 

 

 MAKSUD ATAU MAKNA BACAAN DALAM SOLAT

 

Takbiratul-Ihram / Takbir

Allah Maha Besar.


Doa Iftitah

Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.


Al-Fatihah

Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.

Bacaan ketika rukuk

Maha Suci TuhanKu Yang Maha Besar dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika bangun dari rukuk

Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

Bacaan ketika iktidal

Wahai Tuhan kami bagi Engkaulah segala pujian.

Bacaan ketika sujud

Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika duduk di antara dua sujud

Ya Allah, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku, lindungilah daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku petunjuk, selamatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.

Bacaan ketika Tahiyat Awal

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

Bacaan ketika Tahiyat Akhir

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.

Doa Qunut

Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki. Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan. Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin. Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku. Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan. Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau. Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu. Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi. Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau. Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan. Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau. Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabatsahabatnya. Salam Sejahtera ke atas kamu berserta rahmat Allah.

Thursday, March 31, 2016

SOLAT DALAM PESAWAT



Panduan mengerjakan solat dalam pesawat

Sebagai seorang muslim, solat fardhu merupakan satu kewajipan. Dalam apa jua keadaan pun, kita diwajibkan bersolat walaupun ketika berperang, bermusafir dan jatuh sakit.

Bagi pengembara tegar yang sering menaiki pesawat untuk merentas negara atau benua, berada di dalam pesawat selama berjam-jam lamanya pasti sudah menjadi satu kebiasaan. Lebih-lebih lagi jika menaiki kereta api, perjalanannya mengambil masa lebih lama berbanding pesawat walaupun lokasi bertolak dan destinasi yang dituju adalah sama.

Walau di mana pun kita berada, solat tetap wajib dilaksanakan
Sebagai contoh, penerbangan dari Pulau Pinang ke Bangkok mengambil masa selama lebih kurang dua jam 40 minit manakala jika menaiki kereta api, perjalanannya boleh mencecah sehingg 23jam.

Berada terlalu lama di dalam pesawat dan kereta api menyukarkan kita untuk bersolat bila tiba waktunya. Kalau setakat masa yang diambil hanya melangkau satu waktu solat tidak mengapa lagi kerana kita boleh melakukan jama'. Namun bagaimana kalau melebihi dua atau lebih waktu solat? atau perjalanannya melangkau waktu solat Subuh yang tidak boleh diqasar dan dijama'.

Persoalannya, bagaimana hendak mengerjakan solat di dalam pesawat atau kereta api? Ruangnya sahaja sudah menyukarkan pergerakan solat, apatah lagi hendak mengadap kiblat kerana kedua-dua kenderaan ini sentiasa bertukar arah semasa di dalam perjalanan.

Berbeza jika memandu sendiri, kita boleh berhenti di mana-mana sahaja apabila tiba waktu solat. Begitu juga dengan menaiki bas, solat boleh dilakukan di tempat-tempat bas berhenti untuk berehat.

Berikut adalah panduan untuk mengerjakan solat ketika berada di dalam pesawat atau kereta api:

1. Persediaan

Sebagai seorang muslim, perkara utama yang perlu dilakukan sebelum bermusafir adalah menyediakan atau mempersiapkan diri sesempurna yang mungkin untuk menghadapi ibadat solat semasa di dalam perjalanan. Selain memenuhkan ilmu di dada tentang cara menyempurnakan solat ketika bermusafir, kita juga harus menyediakan pakaian bersih dan kompas untuk mencari arah kiblat.

Bagi kami, tiada alasan untuk seorang pengembara muslim tidak membawa kompas. Ini kerana cara lain untuk mencari arah kiblat iaitu dengan berpandukan matahari atau bintang adalah sukar jika kita tidak menguasai kemahirannya. Paling senang adalah dengan menggunakan kompas.

2. Berwudhu'

Seboleh-bolehnya cubalah untuk mengambil wudhu' dari rumah atau mengambil wudhu' di lapangan terbang atau stesen kereta api terlebih dahulu. Setelah itu, pakailah stokin dalam keadaan berwudhu' dan berniat memakai khuf.

Apabila wudhu' terbatal, sewaktu mengambil wudhu' di dalam pesawat atau kereta api, anda hanya perlu menggantikan rukun basuhan kaki dengan hanya menyapu air ke atas stokin kaki (khuf).

Apa itu khuf? Khuf adalah sarung yang diperbuat daripada kulit yang dipakai menutupi dua buku lali ke atas seperti stokin. Menyapu khuf adalah diharuskan berdasarkan empat mazhab, samada ketika bermusafir, bermukim, darurat ataupun tidak. Ia menepati basuhan 2 kaki di dalam wudhu'.

Bagi yang memakai khuf, ambillah wudhu' seperti biasa dan apabila tiba di rukun membasuh kaki, basahkan tangan dan sapukan pada bahagian atas stokin kaki (cukup sekali sapuan). Apabila bersolat nanti, jangan buka stokin dan solatlah dengan stokin itu. Musafir dibenarkan berbuat demikian selama tiga hari dan tiga malam dari mula menyapu khuf.

Terdapat 3 perkara yang boleh membatalkan sapuan khuf tersebut iaitu tamatnya waktu menyapu khuf, berhadas besar (berjunub) dan membuka khuf.

Bagi yang tidak memakai khuf, ambillah wudhu' seperti biasa.

Jika waktu solat hampir tamat dan anda terpaksa menunggu giliran, bertayammumlah. Tayammum boleh menggunakan debu-debu pada tempat duduk dan dinding di dalam pesawat atau kereta api.

3. Menentukan waktu solat

Jika segala daya dan usaha telah dilakukan dengan bersungguh-sungguh, maka dirikanlah solat dengan semampu yang mungkin.
 Kaedah asas yang dapat membantu seseorang itu menentukan waktu solat ialah dengan menggunakan sebatang pen atau pensil lalu dipegang di tingkap untuk diukur-banding bayangannya bagi menentukan waktu Zuhur atau Asar dan melihat di ufuk timur bagi tanda permulaan waktu Subuh.

Solat Subuh ialah ketika terbitnya fajar sadiq, iaitu dari munculnya warna putih yang merata (horizontal) di ufuk (horizon), dan waktu yang dibolehkan untuk melakukan solat ini terus berlangsung hingga nampak timbulnya bulatan terawal matahari.

Solat Zuhur ialah dari tergelincirnya matahari timur ke barat dari posisinya yang tegak hinggalah apabila bayang-bayangnya menjadi sama panjang dengan sesuatu yang dibayanginya.

Manakala untuk solat Asar, tergelincirnya matahari timur ke barat lalu bayangannya melebihi panjang yang asal dari sesuatu yang dibayanginya hinggalah apabila matahari condong menghampiri ufuk barat lalu berkuningan rupa-bulatannya.

Waktu Maghrib pula masuk apabila kita melihat di luar tingkap yang matahari sudah terbenam dan apabila cahaya kemerahan hilang, masuklah pula waktu Isyak.




4. Mencari arah kiblat

Mencari arah kiblat adalah suatu kewajiban bagi mereka yang mahu mendirikan solat. Pelbagai cara dan kaedah boleh dilakukan bagi menentukan arah kiblat dewasa ini.

Teknologi satelit, kompas dan sebagainya memungkinkan kita untuk mengetahuinya dengan mudah. Oleh itu, tidak sah solatnya jika seseorang itu mengerjakan solat tanpa mengadap kiblat dengan alasan tidak tahu!

Hal ini tidak dipandang sebagai keuzuran tetapi dipandang sebagai suatu hal yang mempermainkan agama. Sebagai seorang Muslim, menyediakan peralatan untuk solat adalah perkara utama yang perlu difikirkan apabila ingin bermusafir. Ini semua untuk mengelakkan kita dipertanggungjawab di Akhirat nanti.


Namun jika semua usaha telah dilakukan masih gagal untuk menentukan arah kiblat terutama di dalam pesawat dan kereta api, maka dibenarkan untuk menganggarkan arah kiblat setepat mungkin. Hujah ini berdasarkan hadis di bawah yang bermaksud:

Jabir bin Abdillah radiallahu-anhu menerangkan: "Kami pernah solat di satu malam yang mendung dan kami tidak mengetahui arah qiblat. Tatkala kami selesai solat kami perhatikan bahawa kami (sebenarnya) solat bukan menghadap ke arah qiblat. Lalu kami sampaikan hal ini kepada Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam lalu baginda berkata: Kamu telah melakukan yang terbaik. Seterusnya Jabir berkata: Dan beliau tidak menyuruh kami mengulanginya[3]". (Hadith riwayat Imam Baihaqi dalam kitabnya Sunan al-Kubra, Imam asy-Shaukani dalam Nail-ul-Authar).

Apa yang penting, semasa permulaan takbir dada kita perlu menghadap ke arah kiblat dan selepas itu walau ke mana pun arah pesawat atau kereta api itu bergerak, ia dimaafkan kerana kita telah pun melakukan yang terbaik.

5. Solat berdiri atau duduk?
 
Hendaklah berusaha sekuat mampu bagi mencari tempat untuk bersolat dengan sempurna. Bertanyalah kepada anak kapal akan ruang sebaiknya untuk bersolat dan jika ruang itu digunakan oleh mereka dalam kesibukan kerja-kerja kabin maka tunggulah hingga kerja mereka berkurangan atau selesai.
 
Jika sedang solat, pesawat atau kereta api bergoyang sedikit maka dibolehkan berpegang atau bersandar sebentar kepada dinding atau kerusi bagi mengimbangkan diri, mengingatkan kepada sunnah Nabi SAW yang solat dengan bersandarkan tiang di kala umurnya sudah lanjut.
 
Jika pesawat atau kereta api banyak bergoyang sehingga mendatangkan kebimbangan, maka dibolehkan solat duduk dengan rukuk secara membongkok dan sujudnya seperti biasa hingga ke lantai pesawat atau kereta api.
 

Firman Allah: “(Allah) telah memudahkan
 untuk kamu apa-apa yang ada di langit
 dan apa-apa yang ada di bumi
semuanya daripadaNya.”
 (al-Jatsiyah: 13)
Manakala jika sedang bersolat secara berdiri dan dipertengahannya pesawat atau kereta api mula bergoyang maka teruslah bersolat dengan duduk sehingga habis tanpa perlu dimulakan semula.
 
Bagi goyangan yang berlanjutan sehingga dijangka akan melewati waktu solat (contohnya solat subuh) maka laksanakanlah ia secara duduk di kerusi sendiri.
 
Dan jika tiada tempat untuk solat maka tetaplah bersolat ditempat duduk sendiri dan solatlah dengan sujudnya ditunduk lebih rendah dari ruku'. Perintah menghadap qiblat tetap hadir sebagaimana yang diterangkan sebelum ini.
 
Ya’la bin Murah r.a bersama Nabi dalam satu perjalanan, kemudian sampai di satu lembah. Ketika itu Nabi di atas kenderaan tunggangannya. Langit ketika itu mendung dan tanah sangat basah. Kemudian masuk waktu solat, Baginda memanggil muazin lalu muazin melaungkan azan dan iqamah. Setelah itu, Nabi meneruskan solatnya di atas kenderaan dan bersolat secara berjamaah dengan para sahabat. Baginda memberi isyarat dimana sujudnya lebih rendah dari ruku’nya. (Hadis direkodkan Imam Ahmad dalam Musnad Ahmad.Disahihkan oleh Imam Syaukani dalam Nailul Authar).
 
Kesimpulan
 
Kaedah perlaksaan solat fardhu di dalam kapal terbang atau kereta api sama sahaja seperti mengerjakan solat di mana-mana tempat sekali pun. Cuma bila ada kesukaran yang timbul, maka kesempurnaan gerak solat itu juga berkurangan selari dengan kadar kesukaran yang dihadapi.
 
Perlaksanaannya juga sama sahaja dengan kaedah solat bagi mereka yang sakit, seperti menundukkan kepala lebih sedikit ketika sujud, bagi membezakan sujud dengan ruku’.
 
Tidak sah solat bagi mereka yang sengaja solat secara duduk tanpa ada keuzuran yang dibenarkan. Namun jika segala daya dan usaha telah dilakukan dengan bersungguh-sungguh, maka dirikanlah solat dengan semampu yang mungkin. Tidak perlu di Qada’ atau pun diulanginya semula

Monday, September 8, 2014

AMALAN DAN SUNNAH NABI SAW - SEBELUM, KETIKA DAN SELEPAS TIDUR


Amalan dan sunnah Nabi SAW  sebelum, ketika dan selepas tidur:
Tidur dan bangun sebenarnya adalah perkara yang sangat penting, kerana ia adalah pemula kepada kehidupan seharian. Seorang yang berusia 60 tahun akan menghabiskan masa lebih kurang 20 tahun untuk tidur. Sekiranya dia tidur mengikut Sunnah Rasullullah saw, maka tidurnya akan jadi ibadat. Allah SWT hanya akan terima ibadat yang dilakukan dengan ikhlas. Tidur adalah ibadat yang paling ikhlas.
 Seseorang tidak perlu dipaksa atau terpaksa untuk tidur. Ganjaran Allah swt untuk orang yang amalkan Sunnah sangat besar. 
Dari Ibnu Abbas R.A bahawa Nabi S.A.W yang berkata: "Barangsiapa yang berpegang dengan sunnahku, ketika merata kerosakkan pada umatku, maka baginya pahala seratus orang yang mati syahid". (Riwayat Baihaqi)
Satu Sunnah yang diamalkan berterusan akan diberi ganjaran 100 pahala mati syahid, Subhanallah! sedangkan satu pahala mati syahid sudah cukup untuk menjamin seseorang untuk masuk syurga. Di dalam tidur sendiri ada banyak Sunnah.
Antara Sunnah-sunnah Nabi saw sebelum, ketika dan selepas tidur:

1. Membaca Surah As-Sajdah dan Surah Al-Mulk
 Dari Jabir bin Abdullah, Beliau berkata:
 “Rasulullah tidak akan tidur hingga beliau membaca Surah As-Sajdah dan Surah Al-Mulk” (HR Ahmad, Tirmidzi, Nasai dan Hakim dalam Sahih al-Jami’ dan Silsilah Ahadis As-Sahihah)
2. Nabi SAW memberi peringatan agar mengkebutkan (membersih atau kibas) tempat tidur kita. Ini berdasarkan hadis:
Dari Abu Hurairah dia berkata Nabi SAW bersabda :
 ” Jika seseorang kalian pergi ke katil tidurnya, hendaklah ia mengibas atau membersihkan katilnya dengan bahagian dalam sarungnya, kerana dia tidak mengetahui apa yang ada di sebalik katilnya. Setelah itu ia berdoa ” Dengan nama-Mu, wahai Rabbku, aku letakkan badanku, dan dengan nama-Mu pua aku bangkit kembali, dan Jika Engkau tahan jiwaku, maka rahmatilah ia. Jika engkau biarkan lepas, maka jagalah ia sebagaimana Engkau menjaga jiwa-jiwa hambaMu yang soleh.” - Hadis riwayat al-Bukhari no. 6320, Muslim no. 2714.
3. Jangan tidur menghadap kaki arah Qiblat. Ini adalah kedudukan tidur orang yang telah mati.

4. Barangsiapa yang membaca Tasbih Fatimah, sekiranya dia mati malam itu, dia akan dikira sebagai mati syahid. Apa itu Tasbih Fatimah? Subhanallah 33 kali, Alhamdulillah 33 kali, Allahuakbar 34 kali.
Dari Abu Hurairah r.a katanya, Fatimah meminta kepada nabi s.a.w seorang khadam (pembantu) dan mengadukan bahawa beliau terlalu penat bekerja. Jawab nabi s.a.w :”Engkau tidak akan mendapatkannya daripada kami. Mahukah engkau kutunjukkan sesuatu yang lebih baik daripada seorang khadam? Iaitu, tasbih 33 kali, tahmid 33 kali dan takbir 34 kali ketika engkau hendak tidur.” (Muslim)
5. Baca 3 Qul tiup ke tapak tangan dan sapu keseluruh badan untuk menghindarkan sihir dan niat jahat manusia.

Kemudian sapu kedua-dua tapak tangan ke seluruh bahagian tubuh yang dapat dicapai, dimulakan dengan kepala, muka, belakang, dan dilakukan sedemikian sebanyak tiga kali. (Mafhum daripada hadis yang direkodkan oleh Bukhari)
6. Niat untuk bangun Tahajjud. Tahajjud adalah sebaik-baik pelindung daripada sihir dan buatan orang.
Hadis riwayat Imam al-Nasa’i dalam Sunannya, Kitab Qiyam al-Lail, no: 1763. Sabda Rasulullah SAW:
Sesiapa yang (berniat) akan mengerjakan solat malam, lalu tertidur, Allah pasti menulis untuknya pahala solat malam dan tidurnya merupakan sedekah untuknya.
7. Ambil wudhu sebelum tidur dan Solat Sunat Taubat 2 rakaat.
Sabda Nabi Muhammad SAW didalam hadith riwayat Ibnu Hibban:
Barangsiapa yang tidur dalam keadaan suci, tidur pada pakaiannya malaikat. Maka ia tidak bangun (ketika terjaga) kecuali berkata malaikat (berdoa): “Ya Allah berilah keampunan kepada hambaMu sifulan (disebut nama oleh malaikat dalam doanya ini) kerana sesungguhnya ia telah tidur dalam keadaan suci.
8. Membaca do'a tidur. Ramai orang memperlekehkan doa Masnun (doa harian) tapi hakikatnya harga yang Allah swt janjikan adalah syurga.
Berdasarkan hadith riwayat Ahmad, al-Bukhari, Muslim, Abu Daud, at-Tirmizi, an-Nasai (didalam ‘Amal al-Yaum Wa al-Lailah):

Adalah Rasulullah SAW apabila masuk tidur Baginda membaca:
بِاسْمِكَ اللَّهُمَّ أَحْيَا وَأَمُوْتُ
(Dengan namaMu Ya Allah aku hidup dan mati)
9. Tidur cara Rasulullah saw dengan mengiring badan ke kanan dan tapak tangan di bawah pipi.
Dan dalam hadith riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasai (didalam ‘Amal al-Yaum Wa al-Lailah), Ibnu as-Sunni dari Hafshah RA katanya: Sesungguhnya Rasulullah SAW apabila hendak tidur, meletakkan tangan kanannya dibawah pipinya kemudian membaca sebanyak tiga kali:

اللَّهُمَّ قِنِى عَذَابَكَ يَوْمَ تَبْعَثُ عِبَادَكَ
Maksudnya: Ya Allah, peliharalah aku dari azabMu pada hari Engkau membangkitkan hamba-hambaMu.
10. Membaca Surah al-Kaa-firun
Sabda Nabi Muhammad SAW didalam hadith riwayat Ahmad, Abu Daud, at-Tirmizi, an-Nasai (didalam ‘Amal al-Yaum Wa al-Lailah), ad-Darimi, Ibnu Hibban, al-Hakim, Ibnu as-Sunni:
Apabila kamu berbaring ditempat tidurmu maka bacalah “al-Kaa-firun” kemudian tidurlah di atas penyudahnya kerana sesungguhnya ia adalah perlepasan dari syirik.

11. Maafkan semua kesalahan manusia pada kita dan halalkan semua hutang piutang sebelum tidur.

12. Jika mimpi buruk . istiqfar 3x (buat isyarat ludah ke sebelah kiri) dan balikkan bantal 
      Jika mimpi yang baik, buat sujud syukur dan solat hajat. Semoga Allah memperkenankan.

13. Menyapu kesan-kesan tidur pada muka dengan tangan 
 
Imam Nawawi dan Imam Ibn Hajar meriwayatkan, sunat menyapu kesan-kesan tidur yang terlekat pada muka dengan menggunakan tangan apabila bangun daripada tidur. Ini berdasarkan hadis Rasulullah S.A.W.: 

Daripada Ibn ‘Abbas RA katanya:
Maksudnya: “Suatu malam dia pernah tidur di rumah Maimunah isteri nabi SAW yang juga merupakan emak saudara beliau, lalu saya berbaring di hujung tempat tidur, dan Rasulullah SAW bersama isteri baginda berbaring di sepanjang tempat tidur, Rasulullah SAW tidur sehingga pertengahan malam atau sebelum atau selepasnya sedikit, baginda bangun, dan duduk sambil menyapu tidur (kesan tidur) dari muka baginda dengan tangan.”
(HR al-Bukhari dan Muslim)

14. Membaca do'a sesudah bangun dari tidur:
اَلْحَمْدُ ِللهِ الَّذِى أَحْيَانَا بَعْدَمَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُورُ
Maksudnya : Segala puji bagi Allah yang menghidupkan aku kembali setelah mematikan aku dan kepada Allah akan bangkit
15. Perkara yang perlu dilakukan sesudah bangun dari tidur.
Dari Abu Hurairah r.a : Rasulullah saw bersabda, “Apabila salah seorang dari kalian tidur, maka syaitan mengikat tiga ikatan di atas kepalanya. Setiap ikatan diikat dengan berkata ‘Malam masih panjang, tidurlah’.

(a). Jika ia bangun lalu berzikir kepada Allah, maka lepaslah satu ikatan.
(b). Jika ia berwudhuk, maka lepaslah ikatan yang lainnya dan
(c). Jika ia mengerjakan solat maka lepaslah semua ikatannya (ikatan syaitan itu).


Sehingga pada pagi harinya (apabila bangun dari tidur) ia berjiwa lapang dan bersemangat. Sedangkan jika ia tidak melakukan hal tersebut (bangun malam lalu berzikir, berwudhuk dan solat) maka pada pagi harinya, jiwanya akan buruk dan malas.” [1606]
16. Bersugi.
"Rasulullah SAW, apabila bangun daripada tidur, beliau menggosok giginya menggunakan siwak (kayu sugi)"
(HR Bukhari dan Muslim)
Ini hanya sedikit sahaja amalan-amalan dari Rasulullah saw dan banyak lagi yang terdapat dalam hadis-hadis sahih yang lain. Sekiranya kita tidak mampu buat semua perkara di atas, janganlah pula kita meninggalkan semuanya. Berusahalah buat sekadar yang termampu. InsyaAllah moga-moga Allah mempermudahkan.
Peringatan : Saat Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam melihat seorang sahabatnya yang tidur meniarap, Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam mengejutnya seraya bersabda: “Bangunlah! Ini ialah posisi tidur yang dibenci oleh Allah.” (Sahih Adab Al Mufrad – Karangan Imam Bukhari)

Secara umumnya ada 4 cara tidur yang mana satukah pilihan anda?

1. Tidur Para Nabi
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi

2. Tidur para Ulama' dan ahli Ibadah
Mengiring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga bagi solat malam

3. Tidur para raja yang haloba

Mengiring ke sebelah kiri untuk dicernakan makanan yang banyak dimakan

4. Tidur Syaitan
Menelungkup/meniarap seperti tidurnya ahli neraka

Wednesday, July 9, 2014

4 PERMINTAAN RASULULLAH SAW PADA SITI AISYAH SEBELUM TIDUR

 

 

4 Permintaan Rasulullah SAW pada Siti Aisyah sebelum tidur





Empat Amalan Sebelum Tidur ~


Rasulullah SAW berpesan kepada siti Aisyah ra.
“ Ya, Aisyah! Jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara iaitu :
1. Sebelum khatam al-Quran
2. Sebelum menjadikan para nabi bersyafaat untukmu di hari kiamat
3. Sebelum para muslimin meridhai engkau
4. Sebelum engkau melaksanakan haji dan umrah “

Bertanya siti Aisyah :
“Ya Rasulullah ! bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika? “

 
Rasul tersenyum dan bersabda :



1. “Jika engkau akan tidur , membacalah surat al –Ikhlas tiga kali
Seakan-akan engkau telah mengkhatamkan Al-Quran

     " Bismillaahirrohmaan irrohiim,
     ‘Qulhuallaahu ahad’ Allaahushshamad’ lam yalid walam      yuulad’ walam yakul lahuu kufuwan ahad’ ( 3x )"



2. “Membacalah shalawat untukku dan untuk para nabi sebelum aku” maka kami semua akan memberimu syafaat di hari kiamat “
   
   “ Bismillaahirrahmaan irrahiim, Allaahumma shallii ‘alaa    Muhammad wa’alaa aalii Muhammad ( 3x ) “


3. “Beristighfarlah” untuk para mukminin maka mereka akan meridhai engkau
      “ Astaghfirullaahal adziim aladzii laa ilaaha illaa huwal    hayyul qoyyuum wa atuubu ilaih (3x )

4. Dan perbanyaklah “bertasbih, bertahmid , bertahlil dan bertakbir” maka seakan-akan engkau telah melaksanakan ibadah haji dan umrah
   “ Bismillaahirrahmaan irrahiim, Subhanallaahi Walhamdulillaahi walaailaaha illallaahu allaahu akbar ( 3x )
 ( Tafsir Haqqi)

Tuesday, March 18, 2014

FADHILDAT DAN KHASIAT AL- FATIHAH

FADHILAT DAN KHASIAT AL-FATIHAH

Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud:
"Membaca Fatihah Al-Quran pahalanya seperti sepertiga Al-Quran"
Juga Nabi Muhammad s.a.w.bersabda:
"Surat Al-Fatihah adalah untuk apa ia dimaksudkankan dalam bacaannya." dan
"Fatihah itu pembukaan maksud bagi orang-orang mukmin."
                        Sesiapa membaca surah Al-Fatihah dalam keadaan berwuduk sebanyak 70 kali setiap hari selama tujuh hari lalu ditiupkan pada air yang suci lalu diminum maka ia akan memperolehi ilmu dan hikmah serta hatinya dibersihkan dari fikiran rosak.
                        Diantara khasiat Fatihah ialah siapa yang membaca 'Al-Fatihah' diwaktu hendak tidur, Surah 'Al-Ikhlas' sebanyak 3 kali dan Mu'awwidzatain maka ia akan aman dari segala hal selain ajal. Dan siapa berhajat (berkeinginan sesuatu) kepada Allah s.w.t.maka olehnya dibaca surah Al-Fatihah sebanyak 41 kali diantara sembahyang sunat Subuh dan sembahyang fardu Subuh sampai 40 hari (tidak Lebih) kemudian memohon kepada Allah s.w.t. maka Insyaallah ia penuhi keperluan hidupnya.
  • Barangsiapa membaca Fatihah berserta Bismillah diantara sunat Subuh dan fardu Subuh dengan Istiqomah maka kalau ia inginkan pangkat terkabullah ia dan kalau ia fakir maka akan kaya serta jika ia punya hutang maka mampu membayanrnya dan kalau ia sakit maka akan sembuh serta kalau ia punya anak maka anaknya itu menjadi anak yang soleh, berkat surah Al-Fatihah.
  • Barangsiapa mengamalkan bacaan Al-Fatihah sebanyak 20kali setiap selesai sembahyang fardu lima waktu maka Allah s.w.t. luaskan rezekinya, baiki akhlaknya, mudahkan urusannya, hilangkan keperihatinannya dan kesusahannya, anugerahkan apa yang ia angan-angankan, dapatkan berbagai berkat dan kemuliaan, jadikan ia berwibawa, berpangkat luhur, berpenghidupan baik dan ia pula anak-anaknya terlindung dari kemudharatan dan kerosakan serta dianugerahkan kebahagiaan dan sebagainya.
  • Barangsiapa mengamalkan bacaan Al-Fatihah sebanyak 125 kali selesai sembahyang Subuh maka ia peroleh maksudnya dan ia ketemukan apa yang dicari-cari serta sebaiknya ia panjatkan doa yang bermaksud:
          "Ya Allah, sesungguhnya aku mohon kepada-Mu dengan kebenaran Surah Al-Fatihah dan rahsianya, supaya dimudahkan bagiku semua urusanku, sama ada urusan dunia atau urusan akirat, supaya dimakbulkan permohonanku dan ditunaikan hajatku..........."
  • Barangsiapa mengamalkan bacaan Al-Fatihah diwaktu sahur (tengah malam) sebanyak 41 kali maka Allah s.w.t.bukakan pintu rezekinya dan Dia mudahkan urusannya tanpa kepayahan dan kesulitan. Selesai bacaan Al-Fatihah tersebut dan sebaiknya berdoa:
          "Ya Allah, sesungguhnya aku mohon kepada-Mu dengan kebenaran surah Al-Fatihah dan rahsianya, supaya Engkau bukakan bagiku pintu-pintu rahmatMu, kurnia-Mu dan rezeki-Mu. Dan Engkau mudahkan setiap urusanku, murahkanlah bagiku rezekiMu yang banyak lagi berkat tanpa kekurangan dan tanpa susah payah, sesungguhnya Engkau berkuasa atas setiap sesuatu. Aku mohon kepada-Mu dengan kebenaran surah Al-Fatihah dan rahsianya, berikan apa yang kuhajati........"
Diriwayatkan dari Syeikh Muhyiddin Ibnul Arabi didalam kitab 'Qaddasallaahusirrahu':
"Siapa yang punya maksud maka sebaiknya ia membaca surat Al-Fatihah sebanyak 40 kali sehabis sembahyang Maghrib dan sunatnya, selesai itu ia ajukan permohonan hajatnya kepada Allah s.w.t."
  • Surat Al-Fatihah boleh mengubati penyakit mata, sakit gigi, sakit perut dan lain-lainnya dengan dibacakan sebanyak 41 kali.
  • Ikhtiar mengubati penyakit : Baca SurahAl-Fatihah sebanyak 40 kali pada tempat berisi air, lalu air itu diusap-usapkan pada kedua belah tangan, kedua belah kaki, muka, kepala dan seluruh badan, allu diminum, Insyaallah menjadi sembuh.
  • Kalau Surah Al-Fatihah itu ditulis dengan huruf-huruf terpisah lalu dileburkan dengan air suci dan diminumkan kepada sisakit, maka dengan iradah Allah s.w.t. ia akan sembuh.
  • Ikhtiar menghilangkan sifat pelupa: Tulislah surat Al-Fatihah dengan huruf Arab pada tempat putih dan suci lalu dihapuskan dengan air dan diberi minum pada orang yang pelupa, maka ia akan hilang sifat pelupanya dengan izin Allah s.w.t.
  • Mengubati sakit disebabkan oleh sengatan kala: Ambil sebuah tempat bersih lalu diisi air dan sedikit garam lalu dibacakan padanya Surah Al-Fatihah sebanyak 7 kali lalu diberi minum pada orang yang tersengat kala itu, Insyaallah ia akan sembuh.
  • Mengubati sakit gigi dan lain-lain: Untuk dirinya sendiri = letakkan jari pada tempat yang sakit lalu membaca Al-Fatihah dan berdoa sebanyak 7 kali:
           "Ya Allah, hilangkan daripada keburukan dan kekejian yang aku dapati dengan doa Nabi-Mu yang jujur (al- Amin) dan tetap disisi-Mu".
  • Mengubati penyakit gigi orang lain: selesai membaca Al-Fatihah maka berdoa 7 kali:
           "Ya Allah, hilangkan daripada orang ini keburukan dan kekejian yang aku dapati dengan doa Nabi-Mu yang jujur (al- Amin) dan tetap disisi-Mu".
  • Adapun faedah dan khasiat dari Surah Al-Fatihah ialah menyembuhkan penyakit mata yang kabur (rabun)
Sabda Nabi Muhammad s.a.w."
"Barangsiapa yang ingin menyembuhkan kelemahan pandangannya (kabur/rabun) maka hendaklah dilakukan:
  • Memandang bulan pada awal bulan, jika tidak kelihatan atau terhalang oleh awan dan lain-lain hal, lakukan pada malam kedua, juga tidak dapat, cuba pada malam ketiga atau begitu seterusnya hingga nampak kelihatan bulan itu.
  • Apabila telah kelihatan, hendaklah ia menyapukan tangan kanannya kemata dengan membaca Al-Fatihah sebanyak 10 kali.
  • Sesudah itu mengucapkan pula sebanyak 7 kali doa ini:
          "Al-Fatihah itu menjadi ubat tiap-tiap penyakit dengan rahmat Mu ya Tuhan yang pengasih penyayang."
  • Lalu mengucapkan "Yaa Rabbi" sebanyak 5 kali.
  • Terakhir mengucapkan pula doa ini sebanyak 1 kali:
           "Ya Allah sembuhkanlah, Engkaulah yang menyembuhkan, Ya Allah sihatkanlah, Engkaulah yang 
menyihatkan".


Tahukah anda akan Kelebihan Surah Al-Fatihah?

1. Barang siapa membaca surah Al-Fatihah dalam keadaan berwudhu sebanyak 70 kali setiap hari selama tujuh hari lalu ditiupkan pada air yang suci lalu diminum maka ia akan memperolehi ilmu dan hikmah serta hatinya dibersihkan dari fikiran yang rusak

2. Barang siapa yang membaca ‘Al-Fatihah’ diwaktu hendak tidur, Surah ‘Al-Ikhlas’ sebanyak 3 kali dan Mu’awwidzatain maka ia akan aman dari segala hal selain ajal. Dan siapa berhajat (berkeinginan sesuatu) kepada Allah SWT kemudian dia membaca Al-Fatihah sebanyak 41 kali diantara sembahyang sunat Subuh dan sembahyang fardu Subuh sampai 40 hari (tidak Lebih) kemudian memohon kepada Allah SWT, Insyaallah Dia akan memenuhi keperluannya.
 

3. Barangsiapa membaca Fatihah berserta Bismillah diantara sunat Subuh dan fardu Subuh dengan Istiqomah maka jika ia menginginkan pangkat, terkabullah permohonannya dan kalau ia fakir maka akan jadi kaya dan inshallah jika punya hutang maka ia akan mampu untuk membayarnya dan kalau ia sakit maka akan sembuh serta kalau ia punya anak maka anaknya itu menjadi anak yang soleh, berkat surah Al-Fatihah.

4. Barangsiapa mengamalkan bacaan Al-Fatihah sebanyak 20kali setiap selesai sembahyang fardu lima waktu maka Allah SWT akan meluaskan rezekinya, menjdikan baik akhlaknya, memudahkan urusannya, menghilangkan keperihatinannya dan kesusahannya, dan apa yang ia angan-angankan, ia akan mendapatkan berbagai berkah, kebaikan dan kemuliaan, menjadikan ia berwibawa, berpangkat luhur, berpenghidupan baik dan ia beserta anak-anaknya akan terlindung dari kemudharatan, kerusakan serta dianugerahkan kebahagiaan dsbnya.

5. Barangsiapa mengamalkan bacaan Al-Fatihah sebanyak 125 kali selesai sembahyang Subuh maka ia akan memperoleh maksudnya dan menemukan apa yang dicari-cari serta sebaiknya ia panjatkan doa : “Ya Allah, sesungguhnya aku mohon kepada-Mu dengan kebenaran Surah Al-Fatihah dan rahasianya, supaya dimudahkan bagiku semua urusanku, baik urusan dunia maupun urusan akirat, agar diijabah permohonanku dan ditunaikan hajatku……..amin……..

6. Barangsiapa mengamalkan bacaan Al-Fatihah diwaktu sahur (tengah malam) sebanyak 41 kali maka Allah SWT akan membukakan pintu rezeki baginya dan Dia akan memudahkan urusannya tanpa payah dan kesulitan. Selesai bacaan Al-Fatihah tersebut dan sebaiknya berdoa:

“Ya Allah, sesungguhnya aku mohon kepada-Mu ya allah dengan kebenaran surah Al-Fatihah dan rahasianya, agar Engkau bukakan bagiku pintu-pintu rahmatMu, karunia-Mu dan rezeki-Mu. Dan Engkau mudahkan setiap urusanku ya allah murahkanlah bagiku rezekiMu yang banyak lagi berkah tanpa kekurangan dan tanpa susah payah, ya allah sesungguhnya Engkau berkuasa atas setiap sesuatu. Aku mohon kepada-Mu dengan kebenaran surah Al-Fatihah dan rahasianya, berikanlah apa yang kuhajati……..”
Sila Sebarkan untuk manfaat orang lain. Jika mereka mengamalkannya , anda juga mendapat ganjaran pahala dan mereka boleh keluar daripada masalah hidup mereka dengan izin Allah.

BEBAN NAFKAH

Berita Harian, 19 Oktober 2012 Oleh Nor Affizar Ibrahim BEBAN NAFKAH Masalah bekas suami culas dan liat membayar nafkah kepada bekas ...