Status: | Normal |
Column Name: | Kisah dari Mahkamah Syariah |
Zone: | A-All |
Length count: | 559 |
| |
Text: | TUDUH-menuduh,
menuding jari dan menyalahkan satu sama lain adalah perkara biasa
setiap kali selepas perceraian. Bagaikan lumrah, siapa yang nak mengaku
salah kalau perceraian berlaku. |
| |
| Ketika perbicaraan berlangsung di Mahkamah Syariah,
mungkin yang bersalah akan mengaku salah tetapi ya apabila apabila di
luar lain pula kisah yang timbul. Kesalahan pasangan akan dijaja bagi
menegakkan kebenaran, hilang sudah kasih sayang dan rasa hormat sekali
pun pernah berkongsi hidup berpuluh tahun lamanya. |
| |
| Cerita
begitu, sekali pun mungkin ada benarnya sedikit sebanyak akan
membangkitkan kemarahan, bukan saja pada bekas pasangan hidup, malah
keluarga juga rakan yang mendengar cerita. |
| |
| Seperti
kisah minggu ini, membabitkan pasangan yang dihormati. Bercinta sejak
belajar, rumah tangga dibina hanya bertahan kira-kira 10 tahun apabila
mereka bercerai talak tiga, dua tahun lalu. Sepanjang hidup bersama itu,
mereka dikurniakan dua cahaya mata perempuan, berusia sembilan tahun
dan lima tahun. |
| |
| Menerusi
e-mel yang dihantar ke Ratu, seorang pembaca menceritakan rumah tangga
pasangan berkenaan bergolak sebelum kelahiran anak kedua lagi dan mereka
pernah bercerai sebanyak dua kali tanpa merujuk kes ke mahkamah. Hanya
apabila lafaz cerai disebut kali ketiga, pasangan itu merujuk kes ke
mahkamah. |
| |
| Selepas
bercerai, si bekas suami, Azrul Fadzli (bukan nama sebenar), 39,
bercerita dia sememangnya tidak mahu berkahwin dengan bekas isterinya,
Azura Rahman (bukan nama sebenar), 39. Mereka berkahwin hanya kerana
Azura mengugut untuk membunuh diri jika tidak diperisterikan. |
| |
| "Azrul
mengadu, bekas isterinya sering mengugut malah ketika di pengajian
Azura pernah menghentak kepala ke dinding hingga berdarah dan memukul
Azrul sehingga koyak baju di khalayak ramai setiap kali bergaduh. |
| |
| "Mereka
akhirnya berkahwin dan Azrul mengakui masih memerlukan ruang menikmati
zaman muda untuk menjalani kehidupan lelaki bujang. Itulah yang
dilakukan Azrul. Walaupun sudah berkahwin dan beranak dua. Azrul terus
dengan dunia sosialnya dan sentiasa mencari kenalan wanita. |
| |
| Alasan
dia, tertekan dengan sikap serta perangai isteri yang sering
mengongkong 24 jam selain hanya perlu mengikut cakap si isteri,"
katanya. |
| |
| Tidak
cukup dengan itu, Azrul turut bermain cinta dengan kenalan wanitanya.
Beberapa kali Azura berjaya menghidu aktiviti suaminya. Lebih teruk,
Azrul juga pernah menjalin hubungan sulit dengan pembantu rumah mereka.
Akibatnya, Azura terpaksa lebih mengawal suami sehingga sering kali
kelihatan seperti dia `queen control'. |
| |
| "Tetapi,
Azrul hanya bercerita kononnya Azura terlalu cemburu dan memaki
hamunnya hanya kerana dia membuka pintu kereta untuk pembantu rumah yang
sarat tangan memegang lauk-pauk yang dibeli di bazar Ramadan," cerita
e- mel itu lagi. |
| |
| Selepas
bercerai, Azrul mengakui kesilapannya tetapi sering juga menyebut semua
perbuatannya itu berpunca daripada sikap Azura. Pada masa yang sama,
Azrul meneruskan kehidupannya, yang tidak puas-puas berseronok dan
sering memburu wanita untuk keseronokan. |
| |
| Tidak
cukup dengan rumah tangga yang musnah, Azrul juga hilang segala-
galanya. Bekas isteri menuntut segala harta sepencarian, malah hak
penjagaan anak-anak pun dituntut isteri. |
| |
| Azura
pula walaupun kini sudah mempunyai keluarga baru, seolah-olah tidak
dapat `melepaskan' Azrul. Kisah cinta baru Azrul terus-terusan diganggu
sehingga sanggup pasang `kaki' menyelidik latar belakang teman wanita
bekas suaminya. |
| |
| Lebih
teruk apabila Azura dan `rakan sekampungnya' yang sepejabat dengan
teman wanita Azrul berpakat menabur fitnah terhadap teman wanita Azrul.
Apa tujuan sebenar Azura, hanya dia yang tahu. Mungkin berdendam dengan
Azrul atau sebenarnya masih memendam perasaan pada bekas suami. |
| |
| Apa
pun, setiap apa yang berlaku mempunyai 1,001 alasan tersendiri. Segala
yang berlaku ada hikmahnya. Andai perpisahan jalan yang dipilih,
kehidupan masih perlu diteruskan, perbaiki sikap dan perhubungan jika
sudah bertemu ganti. Kisah lama jangan dikenang dan lebih penting,
hilangkan dendam, hentikan tuding-menuding. |
| |
No comments:
Post a Comment