Zone: | A-All |
Column: | LO |
Column Name: | Kisah dari Mahkamah Syariah |
Copyright: | NSTP |
Status: | Normal |
Length count: | 600 |
| |
Text: | JADI
tak keruan Z. Siang malam, wajah bekas isteri terbayang-bayang. Tak
senang duduk dibuatnya hingga sanggup `menebeng' di tembok rumah, kalau-
kalau bekas isteri `melintas' di depan rumah. |
| |
| Menyesal tak sudah dia. Hanya kerana cemburu buta, isteri yang dikahwini lebih sedekad tidak lagi bersamanya. |
| |
| "Inilah
lelaki. Mentang-mentang kuasa talak di tangan kita, kita selalu salah
guna. Saya terlalu sayangkan isteri dan hanya kerana cemburu buta, dia
bukan lagi isteri saya," cerita Z kesal. |
| |
| Lebih
malang buat Z, dia tiada harapan untuk merujuk kerana sudah tiga kali
talak dijatuhkan pada isteri, semuanya secara taklik. |
| |
| Akui
Z, dia memang banyak kelemahan sepanjang melayari hidup sebagai suami
tetapi sebagai lelaki, egonya terlalu tinggi walaupun berasa rendah diri
kerana pendapatan isteri yang jauh lebih tinggi daripadanya. |
| |
| Kerana
keadaan itu juga, Z berkata, dia sering lepas tangan memberi
perbelanjaan buat keluarga, menyerahkan segala-galanya kepada isteri. |
| |
| "Isteri
mengadu juga sekali-sekala, meminta saya bertanggungjawab sebagai
suami. Dia tak menuntut yang bukan-bukan, malah segala perbelanjaan
anak, dia dengan rela memberi kerana kebajikan dan pendidikan anak-anak
adalah segala-galanya pada isteri saya. |
| |
| "Dia
tak meminta banyak juga, pada isteri saya, memadai saya bagi nafkah,
setakat yang mampu untuk rumah tangga. Tetapi, bukan permintaan dia saya
penuhi, sebaliknya, banyak perkara yang dia hendak buat, saya sekat,"
katanya. |
| |
| Tambah
Z, dia tidak pernah membelikan pakaian buat isteri dan anak-anak tetapi
marah apabila isteri berbelanja untuk diri sendiri dan anak. Dia juga
tidak mahu menghantar dan menjemput isteri ke tempat kerja, tetapi tidak
membenarkan isteri memiliki kereta sedangkan isteri sangat mampu
berbuat demikian. |
| |
| "Saya
suruh dia guna perkhidmatan awam, tak kiralah naik bas ke, naik teksi
dan syarat saya, tak boleh tumpang kereta lelaki. Padahal, kerja dia,
banyak berurusan dengan rakan sepejabat yang rata-rata lelaki. Saya buat
syarat taklik, kalau dia baik dengan mana-mana lelaki, antara saya dan
dia tak ada apa-apa hubungan," katanya. |
| |
| Z
tahu dia kejam, hinggakan ketika isteri sarat mengandung juga,
dibiarkan bersesak dalam bas atau berjalan jauh untuk mendapatkan teksi. |
| |
| Semuanya
gara-gara cemburu buta, kata Z. Dia sentiasa beranggapan isterinya
mempunyai hubungan sulit dan apabila berasa tertekan, selalunya
disebabkan beban kerja, dia akan melafazkan taklik berulang kali. |
| |
| "Rupa-rupanya
isteri saya memendam rasa. Senyap-senyap dia mendapatkan nasihat dan
pandangan jabatan agama. Tiba-tiba saja surat permohonan cerai tiba ke
rumah. Apabila saya tanya kenapa dia buat begitu, dia kata sudah tiga
kali saya lafazkan cerai taklik dan dia bimbang dari segi hukum- hakam,"
katanya. |
| |
| Perbicaraan
pagi itu menyesakkan dada. Pertanyaan hakim mengenai taklik yang
dilafazkan membuatkan Z risau, tambah pula apabila dia dimarahi hakim
kerana begitu mudah mengeluarkan kata-kata sedemikian. |
| |
| Kata
Z, dia menjelaskan kepada hakim, lafaz taklik itu dibuat sekadar untuk
`menakutkan', memberi amaran kepada isteri dan dia menarik balik lafaz
itu." |
| |
| Hakim
berkata kepada saya, `awak ingat ini kapal, boleh main tarik- tarik?'
Kata-kata hakim itu membuatkan saya tertekan, gusar kerana seolah- olah
dia membayangkan, akan jatuh talak. |
| |
| "Apa
yang saya takutkan itu, benar-benar berlaku. Pada hari keputusan, hakim
mengesahkan jatuh talak antara saya dan isteri. Taklik yang dilafazkan
bukan perkara yang boleh ditarik balik. Saya menyesal dan lebih menyesal
apabila hakim memberitahu ia talak tiga sebab saya melafazkannya tiga
kali, pada waktu dan keadaan berbeza," katanya sedih. |
| |
| Nasihat
Z, lelaki, suami jangan terlalu mudah melafazkan talak atau taklik
walaupun kuasa itu mutlak di tangan mereka. Jangan bersikap cemburu buta
sebaliknya hubungan perlu dijalin dengan rasa percaya satu sama lain. |
| |
| Paling penting, jangan sesekali mengabaikan tanggungjawab sebagai suami dan memandang mudah pengorbanan serta keluhan isteri. |
| |
| Z
berharap, apa yang berlaku itu menjadikannya seorang lelaki dan suami
yang lebih baik. Sungguhpun terkilan, isteri yang dicintai terpaksa
dilepaskan pergi, dia gembira melihat bekas isterinya kini bahagia di
samping suami baru. |
| |
No comments:
Post a Comment