Transformasi rekaan jadikan ia sesuai dipakai bagi tampilkan gaya lebih menarik
SUATU ketika dulu, kardigan hanya dipakai dan digemari wanita yang
sudah berusia dengan tujuan melindungi tubuh daripada kesejukan,
terutama pada waktu sebelah malam ketika hendak tidur atau pun setiap
kali cuaca sejuk.
Namun, hari ini amat ketara sekali penggunaan atau pemakaian kardigan sudah pun melalui satu transformasi, malah pemakainya bukan lagi generasi tua sebaliknya lebih popular di kalangan orang muda.
Hakikatnya, kardigan adalah antara item fesyen yang banyak gunanya untuk orang muda bergaya.
Sepotong baju berlengan panjang atau tiga suku dengan pelbagai gaya potongan yang diketengahkan, bukan saja dapat membantu melawan hawa dingin, tetapi turut membuatkan penampilan lebih bergaya dan kontemporari.
Kardigan juga dikatakan sesuai digayakan untuk wanita bertudung yang ingin menyerlahkan penampilan gaya bersopan, feminin dan tampak manis, tetapi ranggi.
Tepati jiwa fesyen
Pemilik butik BeautifulSofera.com, Samiehah Bashariah Baharidon, berkata antara faktor yang menyebabkan kardingan menjadi pilihan dan semakin disenangi anak muda pada masa kini kerana pakaian itu tidak lagi hadir dalam model yang besar atau gedeboh mahupun dalam warna-warna gelap saja, sebaliknya sarat dengan variasi pilihan yang menarik.
Samiehah berkata, dengan transformasi rekaan yang ditampilkan itu sememangnya kardigan sesuai dipakai bagi memperlihatkan gaya yang lebih menarik dan menepati jiwa fesyen, khususnya orang muda.
“Kardigan kini dibuat lebih bergaya potongannya, malah jika dulu rekaannya terhad untuk anak muda yang tidak bertudung kini ada koleksi rekaan yang sesuai dan boleh dipakai oleh wanita bertudung kerana ada didatangkan dalam potongan labuh melepasi paras punggung.
Ini kerana, terdapat ramai wanita bertudung walaupun gemar bergaya, masih berhati-hati dalam memilih dan memakai fesyen pakaian yang sesuai dengan imej ditonjolkan,” katanya.
Samiehah berkata, dengan adanya rekaan kardigan yang sesuai untuk wanita bertudung, secara tidak langsung cara berpakaian untuk wanita Muslimah di negara ini juga seiring dengan arus perubahan fesyen semasa dan paling penting, tampak lebih kreatif dan menarik.
Katanya, bukanlah mustahil jika pada masa kini kardigan sudah menjadi antara koleksi pakaian yang wajib dimiliki dalam almari pakaian, terutama mereka yang berusia awal remaja dan sudah mencecah usia 20-an.
Umpama jaket
Katanya, kebanyakan orang muda suka menggayakan kardigan kerana pemakaiannya umpama jaket yang mampu mengubahkan penampilan serta merta atau lebih mudah disuai padan. Selain itu, mengenakan kardigan juga boleh mengelakkan gaya yang membosankan terutama bagi yang tidak gemar menggayakan fesyen sedondon.
“Fungsi kardingan masih lagi untuk menghangatkan tubuh ketika sejuk, tetapi pada masa sama, ia juga memperlihatkan cara kreatif seseorang itu bergaya. Oleh sebab itulah kardigan bukan saja sesuai dipakai bagi acara santai, tetapi juga ke pejabat terutama mereka yang bekerja dalam bidang kreatif atau tidak memerlukan pakaian yang memperlihatkan imej korporat.
“Misalnya, untuk ke pejabat anda boleh padankan dengan kemeja, kemeja-T atau blaus yang dipakai supaya nampak anggun dan kemas. Begitu juga pelajar kolej atau universiti, jika ingin ke kuliah dan tidak mahu nampak santai sangat pilihlah kardigan yang nampak memperlihatkan gaya sedikit formal.
“Malah, jika seseorang itu bijak suai padan, kardigan juga boleh digayakan untuk ke majlis rasmi yang dipadankan dengan gaun labuh kerana pada masa kini ada rekaan yang sememangnya didatangkan khusus untuk acara seperti itu. Bagi yang bertudung pula, jika ingin menggayakan gaun labuh bertali halus, boleh menggandingkannya dengan kardigan bagi menutup bahagian tubuh yang terdedah,” katanya.
Variasi pilihan
Samiehah berkata, menyedari keperluan kardigan boleh dipelbagaikan dan cita rasa penggemar fesyen adalah berbeza, butiknya menawarkan pelbagai koleksi rekaan kardigan.
Katanya, koleksi ditawarkan daripada berlengan panjang dengan kancing atau butang dari atas sampai bawah pada bahagian depan hinggalah yang berpotongan pendek serta berhiaskan tali di depan atau belakang sebagai penyeri.
Potongannya juga berbeza ada yang labuh hingga paras punggung dan ada sekadar paras dada. Selain itu bagi yang ingin kelainan dan tampak kontemporari boleh memilih potongan baroq. Untuk bahagian depan pula ada pelbagai gaya seperti potongan V, leher bulat dan sebagainya.
Begitu juga pilihan fabrik adalah pelbagai, tetapi kebanyakannya memberikan keselesaan kepada si pemakai dan bukan daripada jenis yang terlalu menghangatkan tubuh. Antara jenis pilihan kardigan yang ada ialah kain kapas rayon, berkait, jersi berkait dan sebagainya.
“Koleksi saya sesuai untuk semua wanita dari remaja hinggalah yang sudah berusia dan sebab itulah pelanggan saya mempunyai pelbagai latar belakang seperti pelajar sekolah, pelajar kolej, eksekutif, profesional dan suri rumah.
Biasanya, golongan remaja lebih sukakan potongan pendek dan warna yang terang, manakala yang sudah berusia dan wanita muda bertudung sukakan potongan labuh. Untuk yang berusia mereka lebih sukakan warna semula jadi seperti hitam, coklat dan krim,” katanya.
Samiehah berkata, koleksi kardigan yang dijual berharga dari RM27 hingga RM59. Bagi yang berminat bolehlah datang ke butiknya yang terletak di Seksyen 6, Bangi atau layari laman web www.beautifulsofea.com.
INFO:
Panduan suai padan sekiranya ingin menggayakan kardigan:
Lengkapkan dengan tali pinggang - Untuk tambah kelainan anda
boleh mengenakan tali pinggan di luar kardigan. Tali pinggang itu boleh
yang model tirus atau yang lebar. Sama ada anda memakai kardigan
berlengan pendek atau panjang, berpotongan ketat atau longgar, dengan
skirt atau celana, semuanya akan memberi penampilan yang berbeza-beza.
Supaya gaya tidak ‘mati’ anda boleh membuka beberapa kancing (butang)
atas cardigan atau biarkan semuanya terbuka.
Pilih warna-warna cerah - Sesuai dengan usia muda,
pemakaian kardigan dengan warna-warna cerah boleh menambahkan keceriaan
pada penampilan anda. Tetapi harus ingat, kardigan dengan warna semula
jadi seperti hitam, coklat, krim, atau biru tua memang wajib dimiliki.
Jika ingin sesuatu yang berbeza anda juga boleh memilih kardigan warna
cerah yang bermotif.
Tambahan aksesori - Untuk kardigan berwarna cerah yang
polos, anda boleh menambah pemakaian aksesori seperti skaf dan beg tangan dengan motif yang lebih menarik seperti corak harimau atau
bunga-bunga besar.
Beri sentuhan retro - Skirt atau gaun labuh potongan A-line
yang dipadu padankan dengan kardigan akan memberikan gaya retro yang
menarik. Untuk memberi kesan trendy, anda boleh menambahkan tali
pinggang tirus berwarna kontra.
Namun, hari ini amat ketara sekali penggunaan atau pemakaian kardigan sudah pun melalui satu transformasi, malah pemakainya bukan lagi generasi tua sebaliknya lebih popular di kalangan orang muda.
Hakikatnya, kardigan adalah antara item fesyen yang banyak gunanya untuk orang muda bergaya.
Sepotong baju berlengan panjang atau tiga suku dengan pelbagai gaya potongan yang diketengahkan, bukan saja dapat membantu melawan hawa dingin, tetapi turut membuatkan penampilan lebih bergaya dan kontemporari.
Kardigan juga dikatakan sesuai digayakan untuk wanita bertudung yang ingin menyerlahkan penampilan gaya bersopan, feminin dan tampak manis, tetapi ranggi.
Tepati jiwa fesyen
Pemilik butik BeautifulSofera.com, Samiehah Bashariah Baharidon, berkata antara faktor yang menyebabkan kardingan menjadi pilihan dan semakin disenangi anak muda pada masa kini kerana pakaian itu tidak lagi hadir dalam model yang besar atau gedeboh mahupun dalam warna-warna gelap saja, sebaliknya sarat dengan variasi pilihan yang menarik.
Samiehah berkata, dengan transformasi rekaan yang ditampilkan itu sememangnya kardigan sesuai dipakai bagi memperlihatkan gaya yang lebih menarik dan menepati jiwa fesyen, khususnya orang muda.
“Kardigan kini dibuat lebih bergaya potongannya, malah jika dulu rekaannya terhad untuk anak muda yang tidak bertudung kini ada koleksi rekaan yang sesuai dan boleh dipakai oleh wanita bertudung kerana ada didatangkan dalam potongan labuh melepasi paras punggung.
Ini kerana, terdapat ramai wanita bertudung walaupun gemar bergaya, masih berhati-hati dalam memilih dan memakai fesyen pakaian yang sesuai dengan imej ditonjolkan,” katanya.
Samiehah berkata, dengan adanya rekaan kardigan yang sesuai untuk wanita bertudung, secara tidak langsung cara berpakaian untuk wanita Muslimah di negara ini juga seiring dengan arus perubahan fesyen semasa dan paling penting, tampak lebih kreatif dan menarik.
Katanya, bukanlah mustahil jika pada masa kini kardigan sudah menjadi antara koleksi pakaian yang wajib dimiliki dalam almari pakaian, terutama mereka yang berusia awal remaja dan sudah mencecah usia 20-an.
Umpama jaket
Katanya, kebanyakan orang muda suka menggayakan kardigan kerana pemakaiannya umpama jaket yang mampu mengubahkan penampilan serta merta atau lebih mudah disuai padan. Selain itu, mengenakan kardigan juga boleh mengelakkan gaya yang membosankan terutama bagi yang tidak gemar menggayakan fesyen sedondon.
“Fungsi kardingan masih lagi untuk menghangatkan tubuh ketika sejuk, tetapi pada masa sama, ia juga memperlihatkan cara kreatif seseorang itu bergaya. Oleh sebab itulah kardigan bukan saja sesuai dipakai bagi acara santai, tetapi juga ke pejabat terutama mereka yang bekerja dalam bidang kreatif atau tidak memerlukan pakaian yang memperlihatkan imej korporat.
“Misalnya, untuk ke pejabat anda boleh padankan dengan kemeja, kemeja-T atau blaus yang dipakai supaya nampak anggun dan kemas. Begitu juga pelajar kolej atau universiti, jika ingin ke kuliah dan tidak mahu nampak santai sangat pilihlah kardigan yang nampak memperlihatkan gaya sedikit formal.
“Malah, jika seseorang itu bijak suai padan, kardigan juga boleh digayakan untuk ke majlis rasmi yang dipadankan dengan gaun labuh kerana pada masa kini ada rekaan yang sememangnya didatangkan khusus untuk acara seperti itu. Bagi yang bertudung pula, jika ingin menggayakan gaun labuh bertali halus, boleh menggandingkannya dengan kardigan bagi menutup bahagian tubuh yang terdedah,” katanya.
Variasi pilihan
Samiehah berkata, menyedari keperluan kardigan boleh dipelbagaikan dan cita rasa penggemar fesyen adalah berbeza, butiknya menawarkan pelbagai koleksi rekaan kardigan.
Katanya, koleksi ditawarkan daripada berlengan panjang dengan kancing atau butang dari atas sampai bawah pada bahagian depan hinggalah yang berpotongan pendek serta berhiaskan tali di depan atau belakang sebagai penyeri.
Potongannya juga berbeza ada yang labuh hingga paras punggung dan ada sekadar paras dada. Selain itu bagi yang ingin kelainan dan tampak kontemporari boleh memilih potongan baroq. Untuk bahagian depan pula ada pelbagai gaya seperti potongan V, leher bulat dan sebagainya.
Begitu juga pilihan fabrik adalah pelbagai, tetapi kebanyakannya memberikan keselesaan kepada si pemakai dan bukan daripada jenis yang terlalu menghangatkan tubuh. Antara jenis pilihan kardigan yang ada ialah kain kapas rayon, berkait, jersi berkait dan sebagainya.
“Koleksi saya sesuai untuk semua wanita dari remaja hinggalah yang sudah berusia dan sebab itulah pelanggan saya mempunyai pelbagai latar belakang seperti pelajar sekolah, pelajar kolej, eksekutif, profesional dan suri rumah.
Biasanya, golongan remaja lebih sukakan potongan pendek dan warna yang terang, manakala yang sudah berusia dan wanita muda bertudung sukakan potongan labuh. Untuk yang berusia mereka lebih sukakan warna semula jadi seperti hitam, coklat dan krim,” katanya.
Samiehah berkata, koleksi kardigan yang dijual berharga dari RM27 hingga RM59. Bagi yang berminat bolehlah datang ke butiknya yang terletak di Seksyen 6, Bangi atau layari laman web www.beautifulsofea.com.
INFO:
Panduan suai padan sekiranya ingin menggayakan kardigan:
No comments:
Post a Comment