Berita Harian, Julai 3, 2007
Seks bebas di kalangan remaja membimbangkan
Wanita JIM anjur kempen perangi zina bagi mencegah gejala sosial daripada terus berleluasa
HUBUNGAN seks membabitkan pasangan yang
tiada ikatan perkahwinan atau zina termasuk dalam perbuatan keji yang
melanggar hukum agama.
Kesannya ditanggung dalam tempoh lama, sedangkan nikmatnya sekejap. Pakar psikologi dan sosiologi turut berpendapat, punca keruntuhan nilai kehidupan manusia ialah apabila melakukan seks bebas tanpa ikatan perkahwinan.
Tanpa segan silu
Ketua Wanita Pertubuhan Jamaah Islam Malaysia, Prof Madya Dr Harlina
Halizah Siraj berkata sedihnya gejala zina pada masa kini dilihat
seolah-olah semakin berleluasa.
Katanya, ada antara pelaku melakukannya tanpa segan silu serta seakan tidak takut dengan hukuman atau balasan terhadap perbuatan keji itu.

Dr Harlina berkata, walaupun zina dilakukan dengan kerelaan pasangan
terbabit, perbuatan itu adalah salah dan lebih buruk, perbuatan itu
membawa banyak kesan negatif dalam masyarakat dan keluarga serta
individu itu sendiri.
Katanya, Islam sendiri melarang keras zina melalui, firman Allah bermaksud: ‘Dan janganlah kamu mendekati zina, kerana sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan jalan yang buruk.’ – (Surah al-Israk, ayat 32).
“Zina bukan hanya dilihat haram dari sudut hukum agama, tetapi juga kesan yang akan dibawanya pada masa depan. Ini seperti kita melihat kejadian tsunami yang tidak nampak bila akan berlakunya, tetapi jelas sekali selepas peristiwa itu banyak benda musnah dan binasa.
“Bencana itu turut menghapuskan populasi dan kita terharu serta sebak apabila melihat mayat bertaburan di sana sini. Keadaan itu sebenarnya samalah yang dibawa gelombang maksiat perzinaan, malah lebih teruk lagi kerana membabitkan nasab manusia, hukum Tuhan dan dosa serta kesihatan sama ada bagi wanita mahupun lelaki,” katanya ketika ditemui Berita Harian di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Kesan reproduktif
Dr Harlina berkata, dari sudut kesihatan sudah tentu membabitkan kesan reproduktif khususnya bagi wanita termasuk, berlakunya kehamilan yang tidak dirancang dan di luar perkahwinan serta terpaksa disembunyikan.
Keadaan lebih teruk apabila ada wanita berkenaan mengambil jalan
silap dengan melakukan pengguguran haram sama ada melalui kaedah selamat
atau tradisional yang tanpa disedari, mendedahkannya kepada risiko
tinggi kematian akibat pendarahan dan jangkitan pada rahim.
Pengguguran haram turut membuatkan seseorang itu terdedah kepada kesakitan pada saluran pembiakan sekali gus boleh mengakibatkan kemandulan.
Katanya, kesan perzinaan juga menyebabkan masalah kesihatan yang lain seperti masalah mental. Kesan psikologi tidak mampu diatasi dengan baik boleh mengakibatkan tekanan mendalam, terutama bagi mereka sering dilanda ketakutan dan perasaan bersalah terhadap perbuatannya yang bertentangan dengan fitrah manusia.
“Saya juga bimbang lahirnya anak yang tidak mendapat perhatian ketika kehamilan kerana ini boleh mengakibatkan pelbagai komplikasi sama ada pada bayi dikandung, mahupun wanita itu sendiri.
“Selain itu, kehamilan luar nikah akibat perzinaan turut membawa pelbagai masalah sosial lain seperti kes buang bayi dan sebagainya,” katanya.
Jangkitan kelamin
Dr Harlina berkata, kesan perzinaan tidak hanya pada wanita semata-mata, tetapi juga lelaki yang melakukan perbuatan terkutuk itu.
Antaranya ialah jangkitan penyakit kelamin dan peningkatan kes jangkitan berjangkit seperti HIV/Aids.

Beliau berkata, bagi memupuk kesedaran di kalangan masyarakat mengenai bahaya zina, khususnya remaja, JIM akan melancarkan kempen ‘Anda Bijak Jauhi Zina’. Kempen ini juga memupuk sikap prihatin ibu bapa terhadap anak di dalam menangani permasalahan gejala sosial.
“Kempen menghindari zina ini dilihat sebagai satu usaha bersepadu yang mendapat perhatian ramai dan JIM melihat keperluan mengadakannya adalah sangat penting kerana gejala sosial membabitkan seks di luar nikah amat ketara di negara ini, terutama di kalangan remaja dan tidak terkecuali wanita atau lelaki yang sudah berkahwin,” katanya.
Beliau berkata, perkataan ‘zina’ sengaja digunakan dalam kempen
kerana ia adalah bahasa di dalam al-Quran bagi menerangkan makna
hubungan seks yang membabitkan pasangan tiada ikatan perkahwinan dan
setiap umat Islam dilarang keras mendekati atau melakukan perbuatan keji
itu.
Justeru, dengan menggunakan pendekatan secara berterus terang, termasuk menggunakan perkataan ‘zina’ di dalam kempen, ia seolah-olah memberi peringatan kepada masyarakat bahawa perbuatan itu sememangnya terkutuk dan dilaknati.
Jangan terjerumus
Jadi, adalah tanggungjawab semua untuk menghindarkan diri dan ahli
keluarga daripada terjerumus dalam kemelut perzinaan yang membawa kepada
kepada kerosakan diri dan masyarakat.
“Selain definisi seks bebas, seks rambang, seks luar nikah dan perbuatan terlanjur, hakikatnya semua itu adalah perlakuan zina. Apa yang dibimbangkan, perkataan itu tidak memberikan impak dan kesedaran tinggi sehingga ada menganggap, perlakuan salah dan haram itu sesuatu yang sudah biasa.
“Sekurang-kurangnya, dengan perkataan zina ia mengingatkan kita semula betapa hukuman berat ke atas penzina oleh Allah termasuk, hukuman sebat dikenakan kepada yang belum pernah berkahwin dan rejam sehingga mati bagi yang pernah berkahwin.” katanya.
Malah, Islam memandang berat kesalahan zina kerana mendatangkan pelbagai keburukan kepada pelakunya dan masyarakat.