MASYARAKAT KIAN YAKIN DENGAN KHASIAT LINGZHI
Oleh Nor Affizar Ibrahim
Sejak 2000 tahun lalu, orang Cina turun temurun mempercayai khasiat cendawan terutama lingzhi yang dikatakan banyak mengandungi khasiat perubatan. Lingzhi juga
dianggap tumbuhan yang begitu istimewa sebagai ubat ajaib. Di antara
keajaibannya ialah ia boleh memanjangkan usia seseorang.
Fakta ini terakam dalam Ensaiklopedia Perubatan klasik China seperti
Shen-Nung Herbal Medicine Book. Di dalam buku itu ada dinyatakan, lingzhi sebagai ubat yang terbaik yang tiada kesan sampingan buruk. Seseorang yang memakannya akan bertambah sihat.
Prof Madya Dr Mohd Noor A Wahab daripada Jabatan Biokimia &
Mikrobiologi, Universiti Putra Malaysia (UPM ) yang lebih sepuluh tahun
membuat kajian dan penyelidikan mengenai lingzhi, berkata kini khasiat lingzhi bukan
sahaja dikenali di China, masyarakat Antarabangsa turut mengagumi dan
mengakui keberkesanannya. Negara itu termasuklah Amerika Syarikat,
Jepun, Taiwan dan Hong Kong. Begitu juga masyarakat di Malaysia yang
semakin yakin dan mempercayai keistimewaan lingzhi.
Justeru, tidak hairan ganoderma diekstrak dan diproses untuk
dijadikan sebagai makanan kesihatan harian. Sehinggakan ada berbagai
bentuk pemasaran Ganoderma di pasaran pada masa kini., seperti dalam
bentuk minuman, kapsul dan tablet. Selain itu, ia juga menjadi bahan
penting untuk menghasilkan produk penjagaan kulit dan kosmetik.
“Masyarakat di negara ini, mula mengkaji dan mengetahui khasiat lingzhi pada tahun 1970-an. Hasil beberapa kajian yang dibuat didapati memang tidak dapat dinafikan hakikat bahawa lingzhi
amat menakjubkan terutama kegunaannya untuk mengubati penyakit. Malah
kajian dan penyelidikan mengenai herba tradisional itu masih berterusan
dilakukan oleh individu dan pihak tertentu” kata Dr Mohd Noor.
Bagaimanapun beliau menegaskan, walaupun sudah banyak kajian dan penyelidikan mengenai lingzhi di buat di Malaysia, hingga kini belum ada ujian klinikal sepenuhnya dilakukan terhadap spesis itu.
Dr Mohd Noor berkata, lingzhi adalah bahan herba semulajadi. Nama saintifik bagi lingzhi ialah Ganoderma, sementara di Jepun ia lebih dikenali dengan nama Reishi.
Beliau berkata, hanya spesis baik
sahaja akan memberikan keberkesanan pada kesihatan dan mampu mengubati
pelbagai penyakit. Di antara kesan ketara yang boleh di dapati pada
seseorang itu selepas mengambil lingzhi ialah aktif dan bertenaga, selera makan meningkat tetapi berat badan tetap dan melancarkan penghadaman.
Berdasarkan hasil kajian, didapati cendawan lingzhi
mengandungi empat jenis sebatian aktif iaitu polisakarida, adenosin,
organik germanium dan triterpenoid. Sebatian ada ciri perangsang
kesihatan tetapi boleh disintesis secara buatan.
Antara khasiat lingzhi:
** Meningkatkan tenaga
** Mengurngkan paras kolesterol
** Menambah oksigen dalam darah
** Merangsang peredaran darah dan mengekalkan paras gula
** Meningkatkan daya ingatan
** Melambatkan proses penuaan
** Mengubat dan menghindari kanser
** Mengubati sakit puan
** Merangsang kesuburan
** Mengurangkan paras toksin
** Melawaskan penghadaman
** Mengubati kencing manis
Dr Mohd Noor berkata, organik germanium paling banyak terkandung dalam ganoderma (lingzhi)
dan dikatakan enam kali lebih tinggi berbanding ginseng. Organik
germanium, unsur semulajadi yang membantu peredaran darah, meningkatkan
metabolisme dan keupayaan darah menyerap oksigen.
Manakala komponen penting dalam
cendawan terutama ganoderma ialah polisakarida ( gula kompleks).
Sebatian ini ialah B-13 glucan yang didapati meningkatkan kadar
antibodi bagi menguatkan pelalian, sekaligus mencegah seseorang itu
dari mendapat penyakit.
Triterpenoid pula sejenis sebatian
yang ada rasa pahit. Hasil kajian klinikal di Jepun mendapati, daripada
ekstrak ganoderma, sebatian ini mampu mengawal tekanan darah,
memecahkan lemak dan menghalang penyakit jantung. Malah terdapat lima
hingga sepuluh sebatian triterpene yang umumnya berfungsi merencat dan
asid ganderik menunjukkan kesan paling baik.
Dr Mohd Noor berkata, apa yang jelas lingzhi
memang sesuai diambil bagi meningkatkan tahap kesihatan dan daya
ketahanan diri kerana fungsinya sebagai pencegah dapat membantu
menghindarkan seseorang itu dari diserang penyakit di samping bertindak
sebagai ubat autaupun perisai kesihatan.
Katanya, kajian turut mendapati,
ganoderma sangat elok diberikan kepada wanita hamil dan juga berkesan
bagi mengatasi masalah sakit puan iaitu senggugut (ganguan fisiologi)
dan putus haid (akibat gejala monopaus).
Bagaimanapun, beliau berkata, mereka yang bermasalah, pengambilan lingzhi
mungkin akan memberikan kesan seperti pening dan banyak darah berkumpul
di bahagain muka atau kulit (kerana peredaran darah meningkat), namun
kesan ini akan hilang dalam masa 30 minit.
“ Kejadian ini tidak perlu dikhuatiri
kerana fenomena ini perkara biasa dalam pengambilan ganoderma sebagai
ubat. Ia berlaku hanya pada peringakt awal pengambilan dan akhirnya
kesan ini akan hilang segera. Kesan seperti itu timbul kerana bagi
orang yang tidak berapa sihat, apabila memakan ganoderma mendapati
tindak balas ubat berlaku pada bahagian yang paling lemah. Ini
bermakna, ganoderma didapati boleh melawan kuman atau menghapuskan
punca penyakit dan akhirnya menyembuhkannya” kata Dr Mohd Noor.
Beliau turut menegaskan, kesan yang timbul itu tidak bermakna, tidak sesuai mengambil lingzhi.
Sebaliknya, apa yang perlu dilakukan ialah memastikan jumlah
pengambilan dos, sesuai mengikut keadaan kesihatan diri. Malah
berdasarkan kajian sehingga hari ini, didapati belum ada individu yang
memakan ganoderma mengalami kesan negatif atau tidak memberi sebarang
kesan kepada kesihatan badan.
Dr Mohd Noor yang kini bekerjasama dengan Pusat Sains Negara bagi mendidik dan memperkenalkan khasiat serta kemujaraban lingzhi kepada orang ramai…….
About these a
About these a
No comments:
Post a Comment