Oleh Nor Affizar Ibrahim
Bergaya dengan pareo
TERINGIN sekali hendak memakai pareo tetapi tidak tahu bagaimana hendak menggayakan. Ikat sendiri, mesti tidak menjadi tetapi jika ada orang lain tolong ikatkan, bolehlah melaram!
Memang ada segelintir daripada kita yang hanya pandai menggayakan pareo apabila `dibantu'.
Tetapi sampai bila hendak mengharapkan orang lain?
Malah ada di antaranya walaupun begitu teruja untuk menggayakan pareo, langsung tiada inisiatif untuk mempelajari teknik mengikatnya.
Alang-alang hendak bergaya, apa salahnya sentuhan itu datang hasil kreativiti sekali.
Sekali pandang, mengikat pareo tampak mudah sekali. Awas! Jika teknik ikatan itu tidak betul penampilan anda tentu kelihatan seperti ada yang tidak kena. Silap hari bulan boleh terlucut.
Andai insiden ini terjadi kepada anda, tentu ia memalukan. Apa pun, pemakaian pareo boleh menampilkan satu lagi gaya fesyen yang menarik dan unik. Lebih-lebih lagi, jika si pemakainya tahu untuk mempelbagaikan gaya ikatan dan bijak memadankannya dengan fesyen pakaian sesuai.
Jika dulu pareo cukup sinonim dengan gaya ke pantai tetapi kini tidak lagi. Perubahan aliran fesyen menyaksikan pareo boleh digandingkan dengan pelbagai fesyen pakaian dan boleh digayakan untuk ke acara santai hingga koktel. Terpulang kepada anda bagaimana hendak menonjolkan diri dengan pemakaian pareo yang menarik, sekali gus menampilkan gaya lebih anggun dan feminin.
INFO:
daripada diri kita sendiri. Sudah tentu lebih kepuasan yang dapat dirasakan.
Untuk itu apa kata Ekspresi Gaya minggu ini, kita belajar mengikat pareo.
Pareo
* Definisi pareo ialah kain berukuran dua meter yang tidak bercantum
* Pareo bukan saja tidak bercantum tetapi juga tidak ada pengapit, kepala dan badan seperti yang ada pada ciri-ciri kain sarung.
* Pareo boleh didatangkan dalam pelbagai jenis fabrik tetapi paling baik ialah sutera krepe kerana lembut dan tampak lembut beralun.
* Pareo walaupun cantik digayakan ke mana saja, masih kurang sesuai untuk dijadikan gaya ke pejabat.
* Pemakaian pareo seelok-eloknya digayakan ke majlis yang berlangsung tidak lebih daripada tiga jam.
* Untuk gaya lebih menarik, anda boleh menggunakan aksesori seperti tali pinggang atau pengikat pengunci selepas mengikat pareo.
No comments:
Post a Comment