Berita Harian, Rabu Ogos 12, 2015
Susunan Nor Affizar Ibrahim
Putus cinta siapa lebih derita?
Jatuh cinta sesuatu yang misteri, aneh unik dan ada kala sukar dijelaskan. Ada pasangan yang sudah berpuluh-puluh tahun hidup bersama, namun cinta tetap kukuh dan mekar. Sebilangan pasangan lain pula ada yang berpaling kepada cinta lain selepas berbelas-belas tahun melayari bahtera perkahwinan.
Realitinya, putus cinta sesuatu yang menyakitkan. Selain dirundung kesedihan, seseorang yang mengalami putus cinta juga pasti akan kecewa dan amarah hingga mengalami tekanan perasaan.
Siapakah yang lebih menderita apabila putus cinta? Lelaki atau wanita?
Mengikut kajian yang dilakukan oleh Profesor Antrolopogi dari Universiti Binghamton di New York, Amerika Syarikat, Craig Morris bersama kumpulannya, mendapati wanita lebih cenderung menderita akibat putus cinta dan memerlukan waktu yang panjang untuk pulih.
Tetap jalani kehidupan
Meskipun begitu, hasil kajian turut mendapati, lelaki juga tidak pernah pulih daripada kesan putus cinta, sebaliknya mereka memutuskan untuk tetap menja lani kehidupan.
Wanita pula cenderung memungut serpihan hati yang hancur akibat hubungan yang terkandas dan berusaha mengubati hati luka sebelum benar-benar pulih.
Ketika mereka sudah bersedia, wanita akan berasa jauh lebih baik, berbanding sebelum itu yang lebih banyak merintih akibat hubungan cinta yang sudah berakhir.
Kesan putus cinta
Morris dan kumpulannya juga menemukan beberapa kesan akibat putus cinta. Antaranya, wanita akan rasa sakit dari segi fizikal dan tekanan emosi.Kajian itu meneliti 5,705 orang yang menderita pascaputus cinta dan meminta mereka untuk menilai kesan sakit dari segi tekanan emosi dan fizikal dengan skala 1 sampai 10.
Hasilnya, rata-rata tekaan emosi yang mencatatkan seramai 684 wanita berbanding hanya 658 bagi lelaki.
Dari segi kesan fizikal pula, ia membabitkan 421 wanita manakala lelaki, 375.
Kajian berkenaan juga menyatakan, lelaki dan wanita memiliki reaksi yang berbeza apabila hubungan mereka sudah berakhir.
Wanita cenderung berasa murung, cemas dan takut. Lelaki pula cenderung berasa marah, beku dan dikombinasikan dengan ketidakmampuan untuk fokus. Inilah yang menjelaskan mengapa bekas teman lelaki tampak baik saja selepas putus cinta manakala wanita menangis dan tidak henti-henti makan.
Bagaimanapun, wanita cenderung berhenti bertahan pada sesuatu yang tidak berjalan dengan baik dan akan menjadi lebih kuat.
Wanita juga akan pulih secara keseluruhan, sedangkan hal ini tidak terjadi pada lelaki.
Malah, ada lelaki menderita selama bertahuntahun akibat putus cinta. Meskipun sudah memiliki kekasih baharu, mereka tetap tidak boleh melupakan bekas kekasih.
Bagi wanita, ketika hubungan kedua-duanya berakhir ia akan membuang kisah cinta lama apabila bertemu dengan kekasih baharu.
Beri kesan pada sel otak
Sementara itu, dalam satu kajian lain yang dilakukan pasukan penyelidik di Universiti Perubatan Carolina Selatan diketuai oleh Dr Ajif Narib, mendapati kesedihan yang dialami wanita akibat putus cinta boleh mengubah kegiatan sel otak mereka.
Laporan oleh saintis Amerika Syarikat itu mendapati, kekecewaan yang dirasakan wanita selepas berakhirnya hubungan romantik dengan pasangan masing-masing boleh memberi kesan kepada otak dengan cara tersendiri.
Kajian itu juga mendapati, wanita yang selalunya kecewa apabila putusnya hubungan cinta menunjukkan, penurunan mendadak dalam aktiviti sel otak pada bahagian yang mempunyai kaitan dengan emosi, motivasi dan perhatian.
"Gejala kemurungan seperti hilang mood, motivasi dan selera makan adalah perkara biasa yang dialami, berikutan putus cinta atau kematian orang tersayang.
"Bagaimanapun, perkara paling penting mengenai kajian ini ialah ia menjelaskan mengenai aktiviti otak berkaitan kekecewaan akibat
perpisahan mempunyai paten unik yang berbeza dengan jenis kehilangan lain seperti kematian," kata Dr Ajif.
Teknik ujian
Kajian dijalankan ke atas 11 wanita berusia antara 18 hingga 40 tahun yang menjalin hubungan cinta sekurang-kurangnya enam bulan, tetapi sudah berakhir selama 16 minggu.Semua wanita terbabit mengalami masalah untuk pulih akibat terlalu kecewa dengan perpisahan mereka. Penyelidik menggunakan teknik ujian magnetic resonance imaging (MRI) untuk mengawasi aktiviti sel otak wanita berkenaan ketika mereka memberi tumpuan kepada kenangan pahit mengenai bekas teman lelaki dan suami.
Ujian MRI itu kemudiannya dibandingkan dengan aktiviti sel otak lain yang dilihat ketika wanita berkenaan memikirkan perkara neutral mengenai orang lain.
Keputusan imbasan menunjukkan wanita yang mendakwa menderita akibat perpisahan mempunyai perubahan otak ketara apabila berfikir mengenai hubungan cinta mereka yang sudah putus.
Pakar psikiatri dari universiti berkenaan, Dr Jeffrey Lorberbaum, berkata kajian itu dapat membantu melanjutkan penyelidikan mengenai punca kemurungan.
Penyelidikan juga mendapati, wanita berkemungkinan dua hingga tiga kali lebih tinggi untuk mengalami kemurungan berbanding lelaki dan kawasan otak yang dipercayai berkaitan dengan kemurungan lebih aktif pada wanita berbanding lelaki. - AGENSI
AJO_QQ poker
ReplyDeletekami dari agen poker terpercaya dan terbaik di tahun ini
Deposit dan Withdraw hanya 15.000 anda sudah dapat bermain
di sini kami menyediakan 8 permainan dalam 1 aplikasi
- play aduQ
- bandar poker
- play bandarQ
- capsa sunsun
- play domino
- play poker
- sakong
-bandar 66 (new game )
Dapatkan Berbagai Bonus Menarik..!!
PROMO MENARIK
di sini tempat nya Player Vs Player ( 100% No Robot) Anda Menang berapapun Kami
Bayar tanpa Maksimal Withdraw dan Tidak ada batas maksimal
withdraw dalam 1 hari.Bisa bermain di Android dan IOS,Sistem pembagian Kartu
menggunakan teknologi yang mutakhir dengan sistem Random
Permanent (acak) |
Whatshapp : +855969190856