Zone: | A-ALL |
Column: | LO |
Copyright: | NSTP |
Status: | Normal |
Length count: | 682 |
| |
Text: | CLAUDIA
Schiffer sebelum ini secara terang-terangan mengaku era kehebatan
supermodel sudah berkubur apabila penerbit majalah dan pengeluar
barangan kosmetik tidak lagi bergantung kepada kelompok itu sebagai duta
kecil atau pelaris produk apabila beralih memilih selebriti pula. |
| |
| Kenyataan
itu berasas apabila sejak itu, terlalu banyak perubahan berlaku. Ketika
majalah fesyen dan pemilik jenama berprestij menggunakan daya tarikan
pada aktivis muzik dan filem, supermodel pula semakin kurang bergaya di
pentas peragaan. |
| |
| Namun,
ia tidak bermakna kehidupan mereka suram sepenuhnya. Malah, kebanyakan
supermodel tetap menjana pendapatan lumayan walaupun kaedahnya atau
sumbernya agak berbeza. |
| |
| Supermodel
Heidi Klum membuktikannya. Ketika di sekolah tinggi, Heidi memenangi
pertandi ngan model hingga membawanya ke Eropah. Pada 1990-an beliau
menguasai pasaran Amerika sama seperti Tyra Banks. Selepas namanya harum
dalam bidang berkenaan, beliau melebarkan portfolio sebagai pengacara,
juri dan penerbit Project Runway. |
| |
| Akur
pentas peragaan mengingini wajah lebih muda, beliau beralih ke bidang
perniagaan. Berbekalkan reputasi dan nama besarnya itu, beliau
membuktikan masih ada sinar untuk model tua sepertinya. |
| |
| Beliau
yang baru-baru ini melahirkan anak keempat dan pada usia 36 tahun,
Heidi tetap laris. Lazimnya, pada usia begitu, perhatian diberikan
kepada model akan berkurangan. Perkara sebaliknya berlaku kepada Heidi.
Isteri penyanyi dan komposer terkenal, Seal, itu tetap menjana
pendapatan lumayan hasil pembabitannya dalam program realiti berbentuk
fesyen itu. |
| |
| Memasuki musim ketujuh bererti Project Runway paling rapat di hati beliau. |
| |
| Musim
pertama Project Runway ke udara di Bravo, dengan Heidi bertindak
sebagai penerbit serta juruacara dan seterusnya mendapat pujian melangit
penonton. |
| |
| Ia
memberi fokus kepada rekaan fesyen. Peserta perlu bersaing menyiapkan
pakaian terbaik pada masa, bahan dan tema yang ditetapkan. Rekaan itu
diadili juri dan seorang atau lebih peserta yang tidak memuaskan hati
akan tersingkir. |
| |
| The
New York Times menyamai acara itu sebagai `ranca - ngan realiti Prada',
seterusnya tersenarai dalam Anugerah Emmy pada 2005 dan 2006. |
| |
| Sama
seperti rakan model, Banks, Heidi membina kejayaan perniagaan di
sebalik wajah cantiknya itu - antara muka depan majalah Forbes, senarai
tahunan 100 selebriti terhebat. |
| |
| "Saya
bercita-cita besar dan lebih berminat dengan perniagaan kini," katanya
mengulas mengenai kehidupan model yang sebelum ini. Ketika orang lain
sibuk berparti dan minum-minum, saya pulang ke rumah," katanya. |
| |
| Pada
2008, Heidi memperoleh penamaan dalam Emmy buat pertama kalinya dalam
kategori Pengacara Berbakat untuk Rancangan Realiti atau Program
Realiti, bersaing dengan nama besar lain termasuk Ryan Seacrest untuk
program American Idols; Howie Mandel (Deal or No Deal); Jeff Probst
(Survivor) dan Tom Bergeron (Dancing). |
| |
| Sinar
bahagia turut mewarnai hidupnya, dan beliau antara model bertuah
apabila ketika menunggu kelahiran anak keempat, Heidi masih dikekalkan
sebagai model Victoria's Secret. |
| |
| Jelitawan
berasal dari Jerman ini juga mereka kasut jenama Birkenstock dan
menandatangani kontrak untuk mempromosi Diet Coke, Volkswagen,
McDonald's dan LG. |
| |
| Baru-baru
ini, Heidi mengeluarkan produk perapian kulitnya, In An Instant.
Sebelum ini model yang mempunyai insurans kaki bernilai RM2 juta itu
dikatakan turut menjadi pereka koleksi barang kemas untuk Mouawad. |
| |
| Selepas
menghasilkan beberapa koleksi fesyen daripada produk busana dan sepatu,
kini giliran beliau terjun dalam penghasilan koleksi baju hamil. |
| |
| Hanya
tiga bulan selepas melahirkan anak keempatnya Lou Sulola, beliau
mengumumkan hasrat melancarkan koleksi digelar `Lavish by Heidi Klum'
dan `Loved by Heidi Klum' yang dijual menerusi laman web `A Pea in the
Pod' dan `Motherhood Maternity' yang dikhabarkan pertengahan bulan
depan. |
| |
| Untuk
koleksi itu beliau dikhabarkan mengupah tukang jahit dan ilham koleksi
berdasarkan empat pengalamannya ketika melalui tempoh kehamilannya. |
| |
| Lebih
menarik, Heidi membukti kan kesetiaan ter - hadap pasangan dan
dikelilingi anak-anak membuahkan rasa cinta di hatinya dan terpancar
menerusi kejayaan dalam rumah tangga yang dibina. |
| |
| Dalam majalah People, beliau mengakui bahawa kesetiaan terhadap suami melebihi segala-galanya. |
| |
| "Curang
tiada dalam kamus hidup saya. Ia sebenarnya racun yang menandakan
bahawa tidak mempunyai rasa hormat kepada pasangan. Dan saya tidak akan
melakukannya. Saya setia, sama seperti suami," katanya. |
| |
| Membuktikan
kata-kata itu, baru-baru ini pasangan ber kenaan mengadakan majlis
ulang tahun perkahwinan dan memperbaharui ikrar perkahwinan. |
| |
| Dilingkari
kemewahan, Heidi menyifatkan kehadiran anak-anak dan bergelar ibu
adalah kebahagiaan yang sukar diungkap dengan kata-kata. |
| |
| "Apabila
hamil, anda berada dalam cinta. Bayi dalam kandungan disayangi bukan
saja oleh ibu dan ayahnya sebaliknya datuk dan nenek. Dan apabila anda
dalam keadaan itu anda turut dilimpahi kasih sayang," katanya. |
No comments:
Post a Comment