Zone: | A-ALL |
Length count: | 751 |
Column: | LO |
Column Name: | Dunia lelaki |
Status: | Normal |
Copyright: | NSTP |
| |
Text: | JIKA disebut ada suami sudah `dilindungi sanggul', barangkali ramai yang tidak memahami maksud itu. Tetapi jika dikatakan, kena queen control pada dasarnya mungkin ramai mengerti maknanya kerana perkataan itu lazim digunakan. |
| |
| Berdasarkan pemahaman yang sering dibincangkan, perkataan queen control
ialah bagi menjelaskan keadaan di mana suami terpaksa tunduk dengan
kemahuan isteri. Dalam erti kata lain, isteri menjadi kapten yang
menentukan hala tuju bahtera keluarga. |
| |
| Jika
ini terjadi dalam kehidupan berkeluarga pasti timbul masalah. Mana
tidaknya, wanita yang bergelar isteri dan disunting lelaki bergelar
suami sewajarnya, harus akur sebagai suri serta pembantu utama kepada
pasangan, bukan menjadi ketua keluarga. |
| |
| Walaupun
jumlahnya tidak ramai, jika ada isteri menjadi nombor satu dalam
keluarga apakah lelaki atau suami sanggup berterusan melalui kehidupan
bersama pasangannya dengan situasi demikian. Pada masa sama, sebagai
insan dikenali dengan keegoan tinggi, tidakkah lelaki berasa tercabar
terhadap tindak-tanduk dan sikap isterinya? Untuk mengetahui jawapannya,
beberapa lelaki yang sudah bergelar suami ditanyakan pendapat mereka
mengenai hal ini. |
| |
| Pengurus Pembangunan Perniagaan, Rashid Wahab, berkata suami yang kena queen control boleh disifatkan lelaki pengecut kerana membenarkan dirinya terpaksa ikut arahan dan kehendak isteri. |
| |
| Beliau
berkata, dalam rumah tangga sepatutnya tidak timbul siapa kawal siapa.
Sebaliknya, perlu ada komitmen, sefahaman dan saling berkongsi antara
suami dengan isteri. |
| |
| Katanya, walaupun status dan kedudukan wanita lebih tinggi daripada lelaki, sikap queen control tidak sewajarnya ada. |
| |
| "Memanglah jatuh maruah lelaki apabila kena queen control.
Lelaki sepatutnya tidak membiarkan perkara sebegini berlaku ketika
tahap awal perkenalan dan di alam percintaan lagi. Sebabnya, jika sudah
berkahwin dan mula menyedarinya mungkin sikap seperti itu bertambah
buruk lagi," katanya. |
| |
| Penyampai radio, Khairil Rashid turut bersetuju, lelaki yang kena queen control sebenarnya adalah penakut dan bukannya sayangkan isteri sehingga terpaksa akur dengan perintah serta kehendak pasangan. |
| |
| Beliau
berkata, perkataan `sayang' sering dijadikan alasan untuk menutup
kelemahan dan rasa takut suami terhadap isteri. Mengenai ciri lelaki
bagaimanakah yang boleh menjadi `mangsa' S katanya, golongan yang
terlalu manja dan bergantung dengan keluarga lebih mudah terperangkap
dengan situasi itu. |
| |
| Khairil yang turut berpendapat sikap queen control
boleh menyebabkan pasangan bertindak dalam diam berkata, untuk
mengelakkan diri terjebak salah memilih pasangan, individu usah
terburu-buru. Sebaliknya, sebelum mendirikan rumah tangga adalah lebih
baik kenali lebih dulu sikap dan hati budi masing-masing. |
| |
| Pengarah syarikat pengiklanan, Mohammad Zaidi Zainuddin, pula berkata sikap queen control yang ada pada sifat isteri boleh membawa kesan negatif dan juga positif dalam sebuah rumah tangga. |
| |
| Bagaimanapun,
beliau berpendapat dalam membuat sesuatu keputusan yang membabitkan
keharmonian seluruh ahli keluarga, isteri tidak patut bersikap demikian. |
| |
| "Dalam membina ikatan, perlu ada sikap mempercayai antara satu sama lain dan hormat-menghormati," katanya. |
| |
| Sementara
itu, Perunding Psikologi Keluarga dan Guaman Syarie, Suzana Ghazali,
berkata pada zaman serba moden ini tidak dinafikan masih ada wanita yang
bersikap queen control. |
| |
| Bagaimanapun, katanya, ada dua jenis wanita queen control
iaitu yang memberikan kebahagiaan kepada suami dan rumah tangga,
manakala satu lagi, membebankan pasangan serta menimbulkan kekecohan di
dalam rumah tangga. |
| |
| "Sikap lelaki ada kala yang membuatkan wanita bersikap queen control.
Antara sebabnya pertama, suami gagal berperanan sebagai ketua keluarga
menyebabkan isteri perlu mengambil alih peranan suami sepenuhnya. |
| |
| "Kedua,
suami pernah mengabaikan tanggungjawab sebagai ketua keluarga
menyebabkan isteri bertindak mengawal segala tindak-tanduk suami dengan
harapan pengabaian tanggungjawab suami tidak berulang lagi. Ketiga,
suami gagal mengawal isteri hingga membiarkan diri dikawal oleh
pasangan," katanya. |
| |
| Katanya, jika wanita bersikap queen control
kerana kegagalan suami berperanan sebagai ketua keluarga, lelaki tidak
akan berasa jemu, malah tidak mustahil akan lega dan berlapang dada
dengan `pertolongan besar' si isteri. |
| |
| Jika
control si isteri dengan hasrat mengawal pergerakan suami supaya tidak
mengulangi kesilapan lalu, memang lelaki akan jemu dan bosan. Sebabnya,
lelaki akan mula berasa segala pergerakannya tidak bebas dan terkawal. |
| |
| "Kalau
sebagai teman lelaki, tidak mustahil wanita tadi akan ditinggalkan dan
jika sebagai suami, tidak mustahil si suami mula pasang mata mencari
wanita lain. Paling buruk, lelaki akan mengambil pendirian keluar
daripada perkahwinan," katanya. |
| |
| Suzana berpendapat, mana-mana lelaki yang berdepan dengan queen control
akan berasa `sesak dada'. Bagi mengelak perkara seperti itu berlaku,
perkara paling penting yang perlu dilakukan ialah menjadi lelaki yang
sebenarnya. |
| |
| "Jadilah
lelaki yang tegas dan menjalankan tanggungjawab. Jika anda pernah
tersilap, yakinkan kepada pasangan bahawa anda telah berubah dan tidak
akan ulangi kesilapan lalu. |
| |
| "Tetapi jika pasangan memang bersikap queen control sejak awal,sikapnya perlu diubah. Anda perlu sedarkan dirinya mengenai kesilapan sikapnya," katanya. |
| |
| Reaksi |
| |
| "Sayang seseorang jangan melampau, umpama makan gula yang rasanya manis akhirnya berpenyakit" |
| |
| Khairil Rashid |
| |
| Penyampai radio |
| |
| "Sikap isteri mengawal suami ada kala positif, tetapi jika sudah melampau ia boleh merimaskan" |
| |
| Mohammad Zaidi Zainuddin |
| |
| Pengarah syarikat pengiklanan |
No comments:
Post a Comment